Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir artis tempatan yang didakwa telah mengambil kesempatan ke atas pernigaan kanta lekapnya baru-baru ini.

Katanya, artis tersebut tidak menghubungi Shiha secara terus sebaliknya hanya berurusan dengan stokisnya lalu, mengambil barang tersebut dan sehingga kini masih belum membuat sebarang pembayaran.

IKLAN

“Saya sudah banyak kali terkena dengan artis-artis kita ni. Saya rasa sedikit ralat kerana kalau saya bagi secara percuma saya tidak kisah.

“Dia hubungi stokis saya dan mengambil barang tersebut tanpa membuat sebarang pembayaran dan lansung tidak membantu dalam mempromosikan produk tersebut,” katanya kepada MH.

Kata pelantun lagu Jagakan Dia ini, dia lebih gemar berurusan dengan artis Indonesia kerana mereka lebih jujur dan menyokong penuh perniagaan rakan-rakan artis.

IKLAN

“Inul dan Krisdayanti pun menyokong penuh perniagaan saya. Mereka membeli produk saya dalam kuantiti yang banyak tanpa pengetahuan saya kerana tidak mahu saya memberikan potongan harga.

“Paling menyedihkan, perkara tersebut bukanlah dilakukan oleh artis baru sebaliknya artis lama yang sudah kaya-raya,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, Shiha ketika ini sedang sibuk mempromosikan lagu duetnya bersama Aman Aziz bertajuk Terdetik Rindu yang juga merupakan lagu asal bagi filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

IKLAN

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI