Setiap ibu bapa sudah pasti mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengab harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.
Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat.
Lalu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini titip doa moga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.
“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.
Foto: Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Juri Gelak Sampai ‘Pecah Perut’, HEART Juara Muzikal Lawak Warna Musim Ke-2
Bagai menepati ramalan, kumpulan HEART telah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2 selepas saingan minggu terakhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center, di sini, malam tadi.
Gandingan antara Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers itu telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan tiga lagi kumpulan lain dalam persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan negara Asia dan bebas.
Dalam pada itu, kumpulan U.N.I telah muncul sebagai naib juara seterusnya meraih hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Viral yang meraih wang tunai sebanyak RM50,000 serta trofi
Ditempatkan keempat pula jatuh kepada kumpulan Janggo yang menerima wang tunai berjumlah RM25,000 dan juga sebuah trofi.
Dalam pada itu, pelawak dan penyampai radio, Danial Lawak Solo telah pun diangkat sebagai pemenang trofi bagi anugerah Superstar Musim Ini.
Selepas dinobatkan sebagai juara, kumpulan turut berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 buat badan kebajikan, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah yang terletak di Semenyih, Selangor.
Para peserta pada tahun ini diadili oleh juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin, dan Nur Fazira dengan pemarkahan sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Elly Mazlein turut digamatkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Ada Pusar Rambut Depan Kepala, Shila Amzah Tanya Apa Maknanya. Netizen Kongsi Reaksi
Selepas bergelar seorang ibu, penyanyi Shila Amzah kini dilihat lebih gemar berkongsi perkembangan anak pertamanya, Seth Uwais.
Lalu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah ada berkongsi mengenai pusar rambut anaknya yang tumbuh di bahagian dahi.
“Apalah maksud pusar kat betul2 depan kepala ni? @sethuwais Ada tak baby Korang yang pusar dia kat tempat lain selain dari tgh2 kepala?,” tulisnya.
Lalu, perkongsian penyanyi lagu Tiada Dirimu ini mendapat pelbagai reaksi peminat.
Malah, ada juga menyarankan agar penyanyi berusia 29 tahun itu tidak mudah mempercayai perkara karut atau tidak benar.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu telah selamat bergelar ibu, pada 31 Ogos yang lalu.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hisap Rokok Dari Umur 16 Tahun,” – Asbab Alahan, Tom Sudah Seminggu Berhenti Merokok
Meskipun mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, penyanyi Tom menyifatkan segalanya yang berlaku terhadap dirinya ketika ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
Menurut Tom, disebabkan tidak tahan dengan bau asap rokok, dia kini sudah seminggu berjaya meninggalkan tabiat yang sudah pun diamalkannya sejak remaja itu.
“Walaupun alahan kali ini sangat-sangat teruk tapi saya gembira. Dengan alahan ini, saya dapat berhenti merokok.
“Saya hisap rokok daripada umur 16 tahun. Akhirnya, sudah seminggu saya tak sentuh rokok langsung sebab tak boleh bau asap rokok,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Malah, penyanyi lagu Redha ini juga berhasrat untuk meninggalkan terus tabiat yang membahayakan kesihatan itu meskipun selepas melahirkan cahaya mata.
“Selepas ini, Insyaallah tak nak sentuh rokok lagi. Kalau boleh selamanya,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, hasrat Tom untuk menimang cahaya mata pertama bersama Fuad tidak kesampai selepas dia dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungan baru mencecah tiga minggu.
Tidak lama selepas itu, Fuad memaklumkan khabar gembira mengenai kehamilan kedua isterinya itu.
Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tom
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI