Setiap ibu bapa sudah pasti mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengab harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.
Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat.
Ads
Lalu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini titip doa moga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.
Ads
“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.
Foto: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian foto daripada pelakon, Izara Aishah di Instagram baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia merakam gambar bersama permata hati, Irisa Alaia.
Mengenakan persalinan jubah rona merah jambu cair lengkap dengan tudung melepasi paras dada, penampilan pelakon filem Pilot Cafe itu cukup memukau pandangan.
Malah, hantaran tersebut yang dibuka akses komen memberi ruang buat peminat untuk menzahirkan rasa gembira atas perkongsian terbabit.
Rata-rata daripada mereka memberikan emoji berbentuk hati dan kata positif selain mendoakan yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah. Pertamanya, saya tumpang gembira melihat penampilan baharu Kak Izara. Saya yakin penampilan baharunya Kak Izara dapat membawa sinar harapan baharu di samping keluarga dan suami serta anak tersayang. Anggaplah Kak Izara seperti kakak saya. Saya menzahirkan doa dan harapan semoga Kak Izara terus istiqomah serta teruskan aktif dalam kerjaya seni hiburan pada kesesuaian yang akan datang,” komen seorang peminat.
“Kak Izara, ape yang buat Kak Izara nekad berhijrah? Cantik sangat sekarang ni,” tanya peminat lain.
“SubhanaAllah…sebaik2 doa untuk Izara dan baby,” antara komen yang tertera.
“Cantik sgt adik, moga menjadi inspirasi bagi kawan2 yang lain,” harap peminat mendoakan yang terbaik.
“Ya Allah. Kau Maha Baik!!! SubhanaAllah sempurna Izaara tutup. Ya Allah… Saya sendiri masiih jahil. Allah. Semoga lebih ramai terbuka hidayah. U are doing great super great mommy!,” tulis peminat.
“Ini yang dikatakan jgn kecam orang seksi, bila dia dapat hidayah allah, lagi elok dari kita,” komen peminat.
“Semoga terus istiqomah wahai bidadari syurga..Hijrah yg sangat2 indah. Jommm sama2 mencari syurga Allah & redho Allah,” tulis salah seorang peminat.
“Aduh cantik sangat la inspirednya,” antara respon pujian yang diterimanya.
“Ramai ajer lagi yang bertudung tapi aurat masih terdedah kan?? Izarah senyap2 tutup semua…Alhamdulillah,” antara respon yang ditinggalkan.
Izara bagaimanpun tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen-komen yang diberikan di ruangan komen.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya, pertengahan Ogos lalu.
Malah Izara turut berkongsi beberapa keping gambar baru mengenakan tudung, sekali gus memberi bayangan positif perihal penampilannya.
Foto: Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mahu mencari calon suami untuk ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latib.
Menurut Fazley, dia tergerak hati berusaha untuk mencari jodoh buat ibunya selepas berjaya dalam pencarian jodoh buat adik bongsunya yang kini telah pun dirisik oleh bakal suami, baru-baru ini.,
“Bismillahirohmanirohim… Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat posting ini.
“Yang terakhir saya buat posting sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.
“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh & pertemuan, semuanya rahsia Alllah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa,” tulisnya.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut memaklumkan kriteria calon suami buat ibu yang dicari.
“Maka, ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta. Saya nak mencari insan yang sudi menjadi teman hidup ibu saya.
“Jika ada yang memenuhi ciri2 ini, mohon DM saya untuk saringan terlebih dahulu ya :
1. Bukan suami orang (maaf ye)
2. Berumur di antara 60-70 tahun
3. Jujur dalam mencari kebahagiaan dunia & akhirat
4. Penyayang dan penyabar
5. Suka makan, sebab ibu saya rajin memasak dan baking hahaha!
6. Takde semua ciri di atas tu pun tak apa, asalkan baca semula ciri no 1.
“This is my mission…doakan saya berjaya! (IBU JANGAN MARAH PAJI OK?! PAJI BUAT NI UNTUK KEBAHAGIAN IBU TAU! PAJI SAYANG IBU SANGAT SANGAT!” tulisnya lagi.
Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan arwah.
“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara arwah Siti Sarah. Kasih seorang abah.
“Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?
“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia x boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?
“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa.
“Sama-sama kita doakan agar arwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.
Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, pada 9 Ogos lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, sebulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...