Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hanya Di Mercu, Ayu Damit mengakui, sepanjang tahun ini dia terpaksa menukar 16 pembantu rumah (amah) atas beberapa sebab. Katanya kepada MH Online, tindakan tersebut terpaksa di lakukan kerana beberapa orang daripada mereka memohon untuk dihantar pulang ke negara asal dan tidak kurang yang bertindak di luar jangkaan dengan melarikan diri!

Tambahnya lagi, kali terakhir dia mempunyai pembantu rumah ialah pada pertengahan September lalu.

“Sekarang Ayu dan suami uruskan soal persiapan anak-anak memandangkan kali terakhir kami mempunyai pembantu rumah sekitar September lalu. Pada awalnya, semuanya nampak okay saja, tapi lama-kelamaan, dia minta untuk dihantar kepada agen. Ada juga yang melarikan diri. Jadi, setakat ini kami sudah mempunyai 16 pembantu rumah yang datang dan pergi. Tak tahan lama,” akui Ayu jujur.

Ditanya sama ada isu kebajikan menjadi punca utama mereka melarikan diri dan minta dihantar pulang, penyanyi asal Sabah itu memberitahu dia dan suami sudah cuba memberikan yang terbaik.

IKLAN

“Kalau nak diikutkan, kami sedaya upaya cuba memberikan kemudahan dan keselesaan buat mereka, tetapi ada yang tidak kenang budi. Atau mungkin mereka tidak tahan dengan pekerjaan ini. Paling lama bertahan pun sekitar empat bulan dan yang paling sekejap dalam tempoh 24 jam saja,” luah Ayu.

Bagaimanapun, Ayu turut merakam rasa lega kerana meski kerap bertukar pembantu rumah, namun dia sekeluarga tidak pernah berhadapan dengan amah yang panjang tangan.

“Setakat ini, kami tiadalah pengalaman sedemikian. Paling teruk pun, ada yang selongkar bilik untuk cari pasport mereka. Pun demikian, kami tidak pernah serik untuk mencari pembantu rumah yang lebih berdisiplin dan amanah selepas ini. Mungkin juga mereka tidak tahan sebab terpaksa jaga ketiga-tiga anak saya yang agak lasak dan masih kecil,” terang Ayu yang kini sudah pun merakam dua single terbaru berjudul Cinta Terakhir dan Pelengkap Hati.

“Saya sudah rakamkan dua lagu tersebut beberapa minggu lalu. Insya-Allah, ikutkan perancangan ia bakal dilancarkan tahun depan,” akhiri Ayu.

IKLAN

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI