Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira meyakini teman seperjuangannya, Ziana Zain seorang ibu yang kuat semangat dan tidak mudah melatah dalam berhubung dugaan institusi perkahwinannya yang sudah pun berakhir bersama bekas suami, Armin Zaharin beberapa hari lalu.

Katanya lagi, pasangan pelakonnya menerusi beberapa buah filem seperti Sembilu dan Maria Mariana itu pastinya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian selain yakin dia tidak bersendiri di dalam menghadapi fasa berkenaan.

“Saya percaya dia (Ziana) seorang yang cukup kuat semangatnya. Dia tidak akan cepat melatah, sekiranya sehinggalah sesuatu hal yang berlaku itu berada di luar kawalannya.

 

“Malah saya percaya dia tidak keseorangan di dalam menghadapi situasi tersebut. Dia ada anak-anak dan peminat yang cukup sayang dan sokongnya dari belakang,” katanya kepada MH.

Terdahulu, bintang filem Bikin Filem itu ditemui media pada majlis sambutan rumah terbuka pihak pengurusannya, Mind Order di Shah Alam pada Jumaat.

Sementara itu, Erra juga tidak menolak penyanyi lagu Berpisah Jua dan Korban Cinta itu mempunyai alasan kukuh untuk menokhtahkan perkahwinan yang dibina hampir dua dekad.

IKLAN

“Saya juga percaya, dia ada alasan yang kukuh, membuatkannya nekad untuk berpisah. Berilah ruang buatnya untuk rasa lebih tenang dan damai pada saat ini,” pinta Erra yang sedia dikenali sebagai antara rakan selebriti yang rapat dengan bintang terkenal itu.

Ini Reaksi Erra Fazira Mengenai Perkahwinan Ziana Zain Yang Sudah Berakhir

Khamis lalu, Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

IKLAN

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 20 tahun lalu itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

IKLAN

Ziana memfailkan perceraian di mahkamah yang sama pada 3 April lalu.

Foto: Instagram Ziana/Erra

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155775853888435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI