Bila kita bercakap mengenai sambutan Syawal, mesti akan imbau nostalgia, lebih-lebih lagi dengan ucapan raya yang dikirimkan.

Mesti dah nak masuk raya ketiga, mengapa tidak kita hantarkan ucapan raya lagi buat kenalan kan?

 

Nah, ini koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri yang masih boleh diguna pakai.

 

1. Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.

 

2. Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tiada,

IKLAN

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada terguris jiwa.

 

3. Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,

Pejam celik dah 29 hari puasa,

Makin dipejam celik,

makin banyak salah dan dosa,

IKLAN

Sementara masih celik,

banyak-banyaklah buat pahala,

Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

 

4. Walau keluasan Atlantik tidak terkira,

Walau selat Melaka termaktub sejarahnya,

IKLAN

sempena Aidilfitri yang mulia,

ku mohon ampun harap diterima.

 

5. Masak lomak cili api,

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(orang kolumpo jangan kocik ati!!)

 

 

Itulah sedikit sebanyak kolekso ucapan hari raya dari MH. Boleh la gunakan untuk hantar kat keluarga, kawan-kawan, mengimbau kembali nostalgia lama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI