Bila sudah bergelar selebriti, sudah pasti apa sahaja yang mengenainya akan diambil perhatian, termasuklah tanda tangan!

Jadi jom lihat lima tandatangan selebriti wanita Malaysia yang paling cantik dan unik.

1.Datuk Siti Nurhaliza

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti.

Tandatangan Tok Ti kelihatan namanya dengan sangat jelas dan mudah difahami kepada yang melihatnya.

2.Neelofa

Usahawan dan bekas pengacara rancangan MeleTOP, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa juga memiliki tandatangan yang menarik walaupun kelihatan ringkas namun masih tampak elegan dan mewah.

3.Nur Fazura

Pelakon dan isteri kepada Fattah Amin, pelakon Nur Fazura turut mempunyai tandatangan yang kreatif dan menarik. Tandatangan aktres jelita ini mempunyai tulisan berbentuk hati di bahagian atas. Unik!

4.Erra Fazira

Primadona Malaysia, Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira Wan Chek merupakan salah seorang selebriti kesayangan rakyat Malaysia. Selain Fazura, Erra juga turut memiliki bentuk hati dalam tandatangannya.

5.Datin Alyah

Penyanyi yang sangat sinonim dengan lagu berentak Balada, Datin Alyah merupakan seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Tandatangan yang dimiliki oleh penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa ini kelihatan berbeza sedikit namun masih kelihatan cantik.