Kalau perasan, drama yang sering trending kini adalah drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak iaitu Pujaan Hati Kanda.

Setiap malam, ada sahaja perkara trending yang akan diperkataan seluruh rakyat Malaysia mengenai drama tersebut. MH sendiri sangat memuji lakonan kesemua pelakon yang sememangnya sangat menjadi!

Apa-apapun, MH nak bawa anda kembali ke terowong masa dan imbau kembali 5 drama yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

  1. 7 Hari Mencintaiku

Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!

Drama yang diterajui oleh Syukri Yahaya dan Siti Saleha ini sememangnya sangat dipuji orang ramai dan juga lakonan para pelakonnya. Namun, yang paling orang suka adalah watak Buntat dalam drama tersebut.

IKLAN
  1. Nur

Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!

Sup bunjut menjadi sangat popular gara-gara salah satu babak di dalam drama ini. Apa-apapun, lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli serta Noor Khiriah sangat dipuji dalam drama ini. Difahamkan akan ada musim kedua untuk drama ini.

IKLAN
  1. Girlfriend Aku Dari Neraka

Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!

Lakonan Sharifah Sakinah sememangnya sangat berkesan di dalam drama ini membuatkan ramai yang suka seterusnya membuatkan orang ramai lebih mengenali adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira ini.

IKLAN
  1. Lafazkan Kalimah Cintamu

Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!

Drama ini trending susulan salah seorang pelakon utamanya terlibat dengan satu kontoversi dipercayai berkaitan dengan kes dadah sebelum drama tersebut ditayangkan. Bagaimanapun, drama tersebut  mendapat respon yang positif daripada penonton.

  1. Isteri Untuk Disewa

Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!

Drama ini pernah mendapat teguran daripada mufti Wilayah Persekutuan berikutan jalan ceritanya yang berkaitan dengan hukum menyewa isteri adalah haram. Drama itu diterajui oleh Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI