Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom Raja Ikram mengesahkan dirinya kini rapat dengan Fuad Rahman sekali gus sedia untuk kembali mengenali hati budi bekas kekasihnya itu.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, ketika dihubungi MH menjelaskan, Fuad meluahkan isi hati kepadanya hampir dua minggu lalu.
Malah Tom akui keluarga masing-masing sudah saling mengenali susulan perkenalan lama mereka sebelum ini.
“Sebenarnya kami rapat sekitar tahun 2005 sampai 2010 begitu, ‘on off’ kata orang. Kenal dia sebelum saya ada komitmen dengan siapa-siapa lagi. Saya berkahwin kali pertama pada tahun 2007.
“Bukan saya punca (orang ketiga) sebab kami baru lebih seminggu rapat semula. Kalau mahu tahu hubungan Fuad dengan isterinya, itu kena tanya tuan badan sendiri. Saya percaya itu lebih baik.
“Ahli keluarga Fuad memang sudah kenal dengan saya dan waktu Fuad bersaing di GV9 lagi, mereka ada minta saya untuk tengok-tengokkan dia. Sebab apa, kerana saya tahu Fuad bagaimana orangnya.
“Jujurnya saya tak sangka terjumpa di GV9. Begitu juga dengan Fuad, dia tak sangka saya sudah bergelar artis. Tiba-tiba saling bersaing pula di GV. Tapi mahu saya jelaskan, selepas GV9 kami rapat sejurus isu Fuad bersama isterinya selesai.
Ads
“Kemudian keluarganya minta tolong saya untuk tengokkan dia memandangkan di Malaysia dia tiada siapa-siapa kecuali saya dan pihak pengurusannya,” kata Tom.
Ditanya mengapa sebelum ini dia tidak pernah berkongsi cerita mengenai hubungan tersebut, Tom akui tiada siapa yang bertanya dan hanya rakan terdekat saja yang tahu.
“Tak pernah ada orang tanya. Yang tahu hanya kawan-kawan rapat sahaja, di Johor dan Singapura. Malah ketika GV pun kami tiada berhubung mana. Cuma sejurus program itu sahaja.
“Saya sayang dia dan tak mahu Fuad rosak atau terjerumus balik sebagaimana hidupnya yang lalu. Sekarang dia sudah pun pulih dan kena ada orang yang terus berikan dia semangat.
Ads
“Keluarganya ada beritahu untuk bertemu memandangkan kami memandangkan masing-masing lama tak jumpa,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Lagu Untuk Kuala Lumpur menjelaskan, hal itu masih terlalu awal untuk dibicarakan.
Tom bagaimanapun akui dua anak lelakinya, Putera Edler dan Putera Evans Ezra selesa apabila Fuad berada di sisi mereka.
“Keluarga ada cakap mengenai perkara itu, cumanya ia masih terlalu awal. Kami masih saling mengenali. Baru nak kenal balik dia dalam keadaan yang sekarang.
Ads
“Memang kami rapat dan saya rasa ada tanggungjawab untuk jaganya. Malah Fuad ada beritahu dia mahu tebus balik apa kesilapan yang pernah dia lakukan kepada saya sebelum ini.
“Saya pun tak suka dengan apa yang pernah dilaluinya dulu, ‘masuk keluar’. Saya tak mahu ia berlaku lagi. Dia seorang yang baik tak ada masalah lain kecuali ‘itu’ sahaja.
“Anak-anak sayang dia. Mereka panggilnya ‘Uncle Bapak’. Meski mereka bukan darah dagingnya, tapi Fuad menghargai sebagaimana dia menghargai saya.
“Itu yang paling penting. Kami masih dalam fasa mengenali. Doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status ‘in relationship’ sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai wargamaya.
Penyanyi dan penulis lagu, Nana Sheme berharap agar pihak kerajaan negeri Sarawak dapat mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh kuarantin yang harus dijalani oleh setiap individu daripada semenanjung yang ingin memasuki ke negeri tersebut.
Menurut Nana, dia pasti ramai juga diantara anak kelahiran Sarawak yang ingin sekali pulang ke kampung bagi menziarahi kedua ibu bapa mereka.
Katanya lagi, kuarantin selama 14 hari merupakan satu tempoh yang sangat lama dan tidak semua orang mampu memohon tempoh cuti sepanjang itu.
“My beloved gov Sarawak, I come in peace. Please consider to uplift sikitttttt ja quarantine period.
“I’m pretty sure ramai yang di seberang laut cina selatan ni rindu nak jumpa mak ayah, family. At this point of time, it doesn’t necessarily mean balik raya. Just being able to go back is more than enough.
“Buat swab test as many times as u wish is still bearable, but just consider about the quarantine period ….please? Or atleast TRY to look up other options too? ,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Hantu Atau Buaya itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nana turut menegaskan dia tidak kisah seandainya dia dikecam kerana menyifatkan orang luar tidak merasai apa yang dilaluinya ketika ini.
Ujarnya lagi, hatinya berasa sangat remuk bila mengenangkan perasaan ibu ayah yang terlalu merindukan anak-anak mereka di perantauan.
“To whoever yang against this, trust me you’re not in ‘our’ shoes. Just think about those yang bekerja can’t get 14 days cuti.
“Sedih tau dengar mak ayah cakap ‘kami redha kalau tak dapat bersatu raya ni. Harap tahun depan panjang umur kita raya sekali’. Ada yang dah masuk dua tahun tak balik. REMUK HATI
“It’s so wrong for me to say this but i’m prepared to get ‘bashed’ because of this. But this is my space, i have all the rights to express my concerns & i believe i have never been the type to misuse my platform. so don’t even think about going there.
“With so much love and respect, a girl who just wishes to be heard,” katanya lagi.
Sumber: Instagram Nana Sheme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikannya kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat dikurniakan cahaya mata.
Jelas Siti, dia juga berasa lega kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
Malah, bintang berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia dan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Katanya lagi, dia juga akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang seperti biasa selain mahu memberi fokus yang lebih terhadap kesihatan bayinya itu.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Siti serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Sumber: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir berkongsi perasaan teruja apabila berkongsi foto dirinya sedang memangku anak sulung mereka yang dilahirkan pada Selasa.
Sambil berkongsi rasa syukur di Instagram, Nabil turut memaklumkan bayi dan isteri tersayang berada dalam keadaan baik.
“Im officially a Daddy! Alhamdulillah everything was fast and smooth. Ayda delivered Baby Wuvv jam 7.07pm pada berat 2.77kg.
“Ayda & Baby sihat alhamdulillah. They both just need plenty of rest. Malam semalam dah mula dah bangun hampir setiap jam but alhamdulillah Baby senang dipujuk.
“Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama2 dapat keberkatan dariNya. Take care and stay safe!,” tulis Nabil.
Perkongsian indah itu turut disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.
Sementara itu, Ayda turut berkongsi foto tangan kecil anak perempuannya menerusi platform sama sambil mengucapkan terima kasih atas doa semua.
Pelakon, Sophia Albarakbah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya, baru-baru ini.