Ikon fesyen terkenal, Karl Lagerfeld meninggal dunia pada usia 85 tahun di Paris.
Pereka fesyen yang berasal dari German ini merupakan pengarah kreatif untuk Chanel dan Fendi.
Figura ternama ini mengabdikan hidup dalam membina empayar dan jenama sendiri. Dia juga pernah berkolaborasi bersama H&M.
Ads
Difahamkan, pereka ini telah jatuh sakit beberapa minggu sebelum ini dan beberapa kali tidak hadir untuk pertunjukan fesyen.
Ads
Karl Otto Lagerfeldt dilahirkan pada 1933 pada zaman sebelum perang. Berhijrah ke Paris sewaktu remaja dan menjadi pembantu pereka untuk Pierre Balmain sebelum berkhidmat di Fendi dan Chloe pada 1960.
Ads
Foto – Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Zur Eda telah memuat naik sekeping gambar ketika dia mengimbau kembali kenangan hari jadi arwah ibunya di akaun Instagram miliknya.
Gambar tersebut Zur Eda berkongsi kenangan hari jadi arwah ibunya bersama peminat.
“1.2.19. Hari Wilayah Persekutuan. Hari yg sentiasa kami nantikan utk sambut harijadi arwah Mak.”
“Mak mmg teruja dan bangga sbb satu wilayah sambut cuti sempena harijadi makitu lah yg selalu mak cakap bila tiba harijadi mak..”
“Walaupun dah hampir 5 tahun mak pergi tp bila tiba tarikh 1.2 jer kami adik beradik akan tersenyum ingatkan segala memori manis bersama mak..”
“Al Fatihah…. buat Hajjah Che Mah Bt Mahmod. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 mak dan dilapangkan kuburnya diterangi kuburnya seperti taman taman di syurga MU ya Allah.”
“KAU rahmati lah rohnya dan KAU tempatkan lah mak dikalangan ahli ahli syurga MU ya ALLAH…Aamiin..#edarindumak #edasayangmak” tulisnya.
Pelakon, Sharifah Sakinah yang sinonim menerusi drama bersiri ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ sedia dikenali sebagai antara selebriti yang agak lantang menyuarakan pendapat.
Khususnya mengenai kisah sensasi melibatkan selebriti tempatan.
Baru-baru ini, dia kembali menjadi buah mulut apabila dia dikatakan menyindir seorang selebriti.
Diajukan persoalan tersebut Sakinah memberi jawapannya kepada MH. Jelas Kinah, lebih baik untuk netizen bersangka baik.
“I think is better for netizen untuk berhusnuzon dan bersangka baik sahaja. Sebab I think masing-masing, dia main Instagram dengan permikiran masing-masing.”
“So kalau awak rasa benda tu menganjing, menganjing lah…kalau rasa benda tu tak menganjing, tak menganjing lah…,” katanya jujur.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia hanya memberi pandangan terhadap sesuatu isu sahaja.
“Tapi bagi Sakinah, I just react to what happened yang berlaku sekarang,” kongsinya.
Sakinah juga turut menegaskan bahawa perli memerli ini bukan cara dia untuk memerli rakan-rakan artis yang lain.
“Perli memerli ni bukan cara saya because all the celebrities are my friends. Saya akan cakap direct sebab saya tak perli, sebab kalau ada apa apa saya akan cakap direct” kata Sakinah lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...