Meraikan ulang tahun kelahirannya 22 September lalu, selebriti versatil Ifa Raziah mengakui pada fasa sekarang, dia lebih selesa menjalani kehidupan lebih relak dan pada masa sama turut menitik beratkan soal kesihatan dan penampilan.
Tampil lebih susut berbanding sebelum ini, pengasas produk Solid Molid ini bagaimanapun tidak menafikan ada mengalami masalah kesihatan tetapi ia bukanlah berkait rapat dengan pembedahan kosmetik seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Jujurnya saya memang alami masalah kesihatan baru-baru ini, tetapi saya tidak menghebahkan hal tersebut. Baru-baru ini ada jalani pembedahan yang boleh dikatakan agak serius, tetapi alhamdulillah, saya kini kian pulih berkat sokongan dan doa semua.
“Terima kasih buat yang ambil berat dan bertanya khabar. Tapi memang saya bukan keluar masuk hospital untuk cantik. Boleh tanya doktor yang merawat saya.
“Malah kalau nak diikutkan, doktor minta saya untuk rehat dalam tempoh tiga bulan dan hampir sebulan juga saya tidak ambil mana-mana tawaran kerana situasi tidak mengizinkan,”katanya kepada MH.
Ditanya lebih lanjut mengenai prosedur pembedahan yang dilakukannya, bintang ini bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut.
Sebaliknya dia mengharapkan yang terbaik dan berdoa semoga kesihatan diri bertambah baik.
“Malas nak ulas panjang, nanti lain pula jadinya. Yang penting saya kini bertambah pulih, jangan mulut jahat cakap buat itu dan ini ya.
“Saya kurus sebab ambil Solid Molid, sebab tu orang suruh beli,” ujar Ifa ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mengulas mengenai majlis bertemakan flora itu, Ifa gembira kerana setiap tahun, dia diberikan rezeki untuk mengadakan majlis seumpamanya yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama rakan seindustri.
“Syukur, tahun ini ada rezeki lagi untuk anjurkan majlis hari jadi dan jemputan sekitar 100 orang. Memang akan buat tiap-tiap tahun cuma di lokasi yang berbeza.
Rasa diri pun makin sihat bila mana rakan-rakan hadir menghiburkan. Selalunya saya yang menyanyi membuat persembahan, tapi kali ini mereka pula yang hiburkan saya,” ujarnya lagI.
Antara rakan selebriti yang turut hadir pada majlis yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu ialah Idayu, Farawahida, Farhan, Datuk Boy Iman, Zizi Kirana dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Ifa turut memberitahu dia bakal melancarkan jenama detoksnya sendiri dalam tempoh terdekat.
Foto/ Video: instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI