Elizabeth Tan yang bergandingan dengan Zul Ariffin menerusi sebuah filem seram, Misteri Delaila memberitahu, peluang berlakon bercorak sedemikian merupakan suatu yang baru bagi dirinya. 

Ditanya mengenai apakah watak terkini yang mahu dicubanya, penyanyi lagu Polis Entry itu memberitahu, dia idamkan watak ‘ganas’ atau antagonis.

“Kalau boleh saya nak juga pegang watak-watak ganas atau jahat. Saya tak nak lah pegang watak sedih sahaja,” katanya sejurus menjalani rakaman The Stage Media Hiburan baru-baru ini. 

Selepas Filem Seram, Elizabeth Tan Idam Watak Ganas Pula Sebab…

IKLAN

Tambah penyanyi berusia 25 tahun itu, dia juga ingin berlakon di samping pelakon lelaki yang hebat, bagi menambah pengalaman.

IKLAN

“Saya teringin sangat sebenarnya nak berlakon dengan Aiman hakim, Remy Ishak dan Bront Palarae sebab mereka antara pelakon lelaki yang saya tabik dan saya rasa mereka juga kacak,” jelas Lizzy.

Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy mengakui sepanjang kariernya sebagai seorang anak seni, pengalaman telah menjadikan dia sebagai seorang artis yang matang.

IKLAN

“Saya dah 5 tahun dalam industri ini. Banyak benda saya belajar dan pengalaman manis dan pahit tu banyak sangat, sekali gus buatkan saya jadi lebih dewasa,” katanya lagi.

Foto : IG Elizabeth Tan

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/324565081441901/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI