Sejak beberapa hari ini heboh cerita tentang ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, Irma Suriana Mahamud yang menggelarkan anaknya sebagai ‘malin kundang’ tempoh hari.

Ibu Sufie Rashid Berbohong Tentang Sakit Buah Pinggang Tahap 3?

Semalam menurut sebuah portal ibunya telah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada anaknya itu dan jika dia berdegil, Irma akan membawa masalah ini ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Irma turut memberitahu kepada portal tersebut bahawa dia kini menghidapi penyakit buah pinggang tahap tiga namun penyakitnya itu dirahsiakan daripada pengetahuan anaknya.

IKLAN

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adalah kenyataan yang diberikan oleh Irma tentang penyakitnya itu dikatakan sebagai satu pembohongan oleh bekas suaminya sendiri.

“Penyakit Buah Pinggang Tahap 3??? Sah sah pembohong! Dulu mcm2 penyakit kau ckp, skrg buah pinggang pulak? Pandai kau menagih simpati!!! sebenarnya sakit kau adalah sakit otak!!!,” tulisnya disebuah ruangan komen di laman Facebook.

Ibu Sufie Rashid Berbohong Tentang Sakit Buah Pinggang Tahap 3?

Apakah sebenarnya masalah yang berlaku di antara hubungan anak beranak ini agaknya ya?

IKLAN

Segalanya masih menjadi tanda tanya siapakah yang betul dan siapa pula yang salah dalam permasalahan ini.

Walau bagaimanapun, sepatutnya perkara sebegini perlu diselesaikan dengan cara yang lebih matang tanpa mengheret masalah ini ke laman sosial sehingga ianya mendapat perhatian ramai.

IKLAN

Namun setiap yang berlaku ini tentu ada punca dan sebab tertentu dan mereka lebih mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

Apapun kami mendoakan agar masalah yang dihadapi oleh ibu Sufie dan anaknya ini menjumpai jalan penyelesaian dan semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI