Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.

Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.

Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma…

Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang memilih untuk tidak terlalu berkongsi.

Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mendedahkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.

Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.

“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mendedahkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain.

IKLAN

“Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.

“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat takut untuk cakap apa-apa.

“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat serius dalam hal ni.

“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya kepada MH.

Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma… Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma…

IKLAN

Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Wany turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.

“Kalau kena caras tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.

“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.

IKLAN

“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.

Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma… Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma…

Dalam perkembangan lain, Wany mendedah dia berasa sangat teruja apabila dipilih sebagai duta baru Himaya kerana sebelum ini dia sering memakai pelitup muka Himaya hasil pemberian daripada duta pertama, Elfira Loy.

Pada edisi kali ini, pelitup muka Himaya telah didatangi dengan seleksi dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra Fazira manakala Wany pula mewakili warna Apricot Dream.

Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan Takut ‘Dicaras’ Cuma…

https://youtu.be/VtrdVQUkb2M

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI