Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan berkongsi video pendek dia menyanyikan lagu hasil ciptaannya di Instagram.
Sementara di ruangan kapsyen pula, dia yang mesra dipanggil Lizzie berkongsi lirik lagu tersebut yang nyata memberikan inspirasi buat peminatnya.
“Just wrote this tadi. Hmm.. random inspiration today. Hope you like it and hope you’ve had a great Sunday.
“I’m learning how to let go, All of the things I pretend to know. I hope it’s not too late for me. I’m not proud of my history.
Ads
“Thought I’d just go with the flow; Thought I’d enjoy the show, But all I found was misery. Really hope it’s not too late for me.
“And if one chance is all we get,
“Everyday I’ll try and try again, I’ll keep on going till the end Cause even though I crash and burn, I also see the tables turn. So until ashes we return, I’ll play the game,” tulisnya.
Susulan itu, kelihatan ramai yang merindui lagu-lagu hasil ciptaan Lizzie sendiri dimuat naik di laman media sosialnya.
Ads
Untuk pengetahuan, bakat Lizzie mula dikesan menerusi laman Youtube apabila dia sering memuat naik video menyanyikan lagu-lagu cover artis menggunakan ukulelenya dan gitar sebelum dilamar menjadi artis rakaman.
Single pertama Lizzy, Knock Knock membuatkan namanya terus naik di dalam industri hiburan tanah air.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Debaran yang dinantikan sudah terhenti apabila Diana Nasir telah selamat melahirkan anak ketiga, Anggun Darniella di Hospital Thomson Kota Damansara.
Kakak kepada Anzalna Nasir itu telah berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagramnya.
“Assalamualaikum.. Introducing our beautiful healthy lil lady, A N G G U N D A R N I E L L A. Welcomed into our arms on the 10th November 2018. We are all so in LOVE!
Thank you EVERYONE FOR ALL THE DOAS, LOVE & BEST WISHES, we feel extremely blessed. Darleesa & Darleena are just besotted with their new baby sister!,” tulisnya.
Mya Ruslee mengakui tidak akan menyembunyikan status andai dia sudah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati, yang sudah dikenalinya lebih dua tahun lalu.
Tidak menafikan bahawa hubungan di antara mereka masih terlalu awal untuk merencanakan ke suatu fasa yang lebih serius, Mya bagaimanapun lebih selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dulu.
“Kalau ada (fasa seterusnya) kita akan kongsi. Benda baik buat apa nak sembunyikan. Cuma kalau ditanya nak bertunang atau terus kahwin tu, saya tiada jawapan lagi. Sebab semuanya masih lagi di peringkat awal.
“Benda macam ni kena bawa bincang sesama kedua-dua belah pihak. Jadi setakat ini belum pun ada terfikir ke arah itu. Saya pun baru sahaja selesai dengan program Gegar Vaganza. Jadi lebih baik untuk fokus dalam kerjaya terlebih dulu.
“Saya akan kembali promosikan single terdahulu berjudul Perlu Ada Setia. Ada juga rancang untuk shooting muzik videonya,” katanya kepada MH.
Menjawab ‘usikan’ nakal sesetengah orang yang mengatakan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari ini sering tayang kekasih yang lebih muda darinya, Mya mempunyai pendiriannya sendiri.
Tegasnya, ia terpulang kepada persepsi orang sekeliling, cuma apabila ada seorang lelaki di sisi, dia rasa lebih selamat dan terjaga.
“Kalau nak diikutkan saya dah lalui macam-macam benda. Malah, peminat sekarang lebih terbuka dan bijak menilai. Bukan nak bawa dia sesuka hati. Dia pun ada bantu saya itu dan ini.
“Lagi pula, senang cerita macam saya ni pernah berkahwin dan bercerai. Jadi ada sesetengah mentaliti orang tu kalau sebut saja fasal wanita status janda mesti akan cakap mulalah nak cari hak orang.
“Lalu, ada baiknya kalau saya bawa dia. Jadi orang yang pandangan sedemikian akan senyap. Tapi apapun, ia terpulang pada penerimaan masing-masing. Saya sendiri tiada masalah kalau ada yang anggap yang bukan-bukan,” terangnya lagi.
Terdahulu, Mya ditemui sejurus pelancaran produk Al-Fateh Junior di Hotel Royal Chulan Te Curve, Damansara pada Sabtu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Nora Ariffin, Ezlynn, Lisdawati bersama suami, Yassin Sulaiman, Riz Amin dan ramai lagi.
Pertama kali dianjurkan, program adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran rangkaian Al-Fateh di pasaran.
“Produk Al-Fateh Junior merupakan pemakanan tambahan madu dan buah-buahan seperti delima dan anggur yang dihasilkan khusus buat kanak-kanak seawal 6 tahun hingga 25 tahun.
“Pada masa sama, pada majlis ini turut diadakan kempen beli dan menang dengan hadiah bernilai lebih RM400,00,” kata pengarah urusan Al-Fateh Alami Sdn. Bhd, Tuan Ariff Subri bersama isteri dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan.
#MHlive wow rindu nak dengar Nora nyanyi. Mantop lagi suara doa weh! Yang penting Ezlynn, Mya Ruslee, Sasha Saidin dan Yassij Sulaiman pun pakat nyanyi. Best!
Hampir tiga bulan membuka akaun Instagram sendiri dengan menggunakan nama @anuarzainnetwork, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Lelaki Ini itu mengakui, dia kini lebih berhati-hati di dalam membuat apa-apa komen di aplikasi perkongsian foto berkenaan.
Katanya, setakat ini dia sudah banyak belajar untuk mengendali apatah lagi di dalam memberikan apa-apa reaksi yang diberikan pengikutnya di Instagram.
“Saya ni baru saja memiliki akaun Instagram peribadi dan tak berapa mahir lagi dalam soal ‘permainan’ sesetengah orang di media sosial. Ada yang suka memberikan komen berbaur provokasi dan dihujungnya, kita pula yang nampak jahat di mata orang,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada pernah berdepan dengan situasi sedemikian, Anuar tidak menafikan perkara berkenaan.
“Kisahnya, saya terkejut bila ada baca satu komen ni. Penuh sindiran dan seperti tidak ikhlas, kira-kira dua bulan lepas saya buka akaun ini. Selepas dikenal pasti, rupa-rupanya dia seorang artis baru.
“Tak sangka ada jua artis yang sanggup buat hal sedemikian pada rakan industri sendiri,” kongsi Anuar.
Lalu, selepas insiden yang berlaku dia turut meminta pandangan daripada rakan artis yang terlebih dulu aktif dalam media sosial.
“Ada juga minta pendapat, khasnya dalam soal nak handle komen negatif yang hadir. Saya ada tanya Siti Sarah. Katanya, saya hanya perlu baca sahaja dan tak perlulah simpan dalam hati. Atau kalau rasa tidak perlu, tak payah komen balik.
“Malah ada juga rakan yang minta saya bandingkan dengan Instagram Neelofa. Saya kagum dengan Lofa kerana dia tetap tenang bila berdepan dengan komen atau kritikan netizen. Katalah apa sahaja, dia tetap relak.
“Cuma saya pun hairan, netizen yang beri komen sedemikian ni tak takut ke dengan kesannya bila beri kritikan melampau?,” soalnya lagi yang pada masa tidak menafikan akan kepentingan aplikasi berkenaan terhadap mereka bergelar selebriti.
“Bukan saja kami, malah semua orang pun berhak dan gemar berkongsi aktiviti sehari-hari, begitu juga dengan saya. Kebanyakan yang follow pun adalah mereka yang mengikuti kerjaya seni saya sejak dulu hingga kini. Terharu,” akhirinya.
Setakat ini, pengikutnya di Instagram sudah pun mencecah lebih 96,000 pengikut.
Terdahulu, Anuar ditemui di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, pada Ahad.
Selain Anuar, pertandingan yang membabitkan lebih 300 peserta itu dihoskan oleh Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah. Syamel dan Syafiq Farhain turut hadir membuat persembahan dengan beberapa buah lagu.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim. Pertandingan badan canti itu turut mempertaruhkan lima kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.