Model dan hos, Ain Edruce ada memberi pesan kepada peminat yang merancang untuk mencuba minuman viral yang dikenali sebagai Dalgona Coffee yang kini menjadi sensasi di dunia maya.
Jelasnya juga, suaminya, Amirul Hafizz turut mencuba hidangan sama meski dia tidak pernah minum coffee sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan pengacara Hero Remaja 2020 ini menerusi Instagram.
“KHAS UNTUK SIAPA YANG NAK CUBA #DALGONACOFFEE. So, kiteorg ade cuba jugak ok.
Ads
“Jadi @amirul_hafizz die x pnh minum coffee, die pun try dalgona, ape yang jadi kat mirul lebih kurang sama dengan ape korang baca kat atas sebab die x penah minum coffee.
“Aku and @edila_edruce jadi mcm ape korang tgk tu. HYPER TEROK. So careful untuk sesiapa yg nak cuba 1st time okay,” jelas Ain sambil berkongsi video serta lampiran terkait.
Pelakon cantik, Nora Danish ada memberikan dedikasi buat sahabat industri seninya, Zizan Razak yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.
Pernah terlibat sama di dalam beberapa projek sebi sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan Zizan merupakan seorang teman yang sering menceriakan hidupnya.
“Ni la dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ni sebab selalu happy kan org. InsyaAllah, Alhamdullilah & today is ur BIRTHDAY pulak @zizanrazak869, happy birthday my friend.
“Semoga apa Yg dihajati tercapai tidak lama lagi, Semoga Allah murahkan lagi rezeki u , Berlipat ganda lagi , semoga di panjang kan umur sihat sentiasa,” titipnya.
Nora turut mengharapkan agar Zizan temu jodoh serasi hingga ke jannah hendaknya.
“Paling penting buat masa sekarang ni, semoga jumpa jodoh Yg paling sesuai / serasi buat u. Dan biarlah ia kekal hingga Jannah.
“Haha siap dah wish awal2 , I Kalau ada adik dah lama kawin kan ngan u Zizan. U are a good person. Take care Zizan, stay safe , & happy tua day my fren, love ya,” akhiri Nora.
Gelagat permata hati penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid nyata mencuit hati apabila kanak-kanak comel itu secara spontan menyebut ‘Dato Siti’ menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik penyanyi Anta Permana itu di Insta Stories.
Dikongsikan kembali menerusi akaun Instagram, @sitizonemy, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.
Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan ‘Dato Siti’ dengan lancar tanpa diajar-ajar.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” kata Siti dalam tawa.
Menerusi entri sama, video berkenaan kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.
Sekadar imbasan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah mendirikan rumahtangga selama 2 tahun, pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan media, buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
“Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Tidak dinafikan juga, sejak mendirikan rumahtangga bersama Fattah, bintang filem Pisau Cukur ini sering berhadapan dengan persoalan tentang kehamilan dari para media dan juga peminat.
Malah, Fazura juga pernah berjanji sekiranya dirinya hamil, peminat dan juga rakan-rakan merupakan antara yang pertama akan mengetahuinya, dan kini berita tersebut telah pun menjadi kenyataan.
Atas rezeki zuriat yang kini dikandung, Fazura marakamkanrasa bersyukur dengan kelancaran trimester pertama.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah.
“Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” akuinya lagi.
Sementara itu, Pengarah Universal Music Malaysia, Kenny Ong, turut meluahkan rasa kegembiraan untuk pasangan yang sinonim dengan sapaan #FattZura itu.
“Kami sudah menganggap Fazura dan Fattah seperti keluarga kami sendiri dan berita ini pastinya sangat dinantikan. Kami mengharapkan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan.
“Kami juga tidak sabar untuk meraikan kelahiran cahayamata pertama mereka,” katanya.
Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.
Terdahulu, keduanya turut berkongsi berita gembira itu menerusi platform media sosial masing-masing.
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.