Sebelum ini nama penyanyi Baby Shima sering kali terpalit dengan kontroversi imej seksi dan menjolok mata.
Terbaharu menerusi perkongsian sebuah video di laman Instagram miliknya, Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, tampil sopan ketika menjayakan persembahan di Kuantan, Pahang sempena sambutan Israk & Mikraj pada Sabtu.
Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan tudung yang menutup dada.
Namun, menerusi posting yang sama juga, Shima turut meluahkan perasan kecewa dengan tanggapan segelintir pihak yang menjangkakan dia mungkin tampil dengan imej kurang sesuai, seolah-olah tidak menghormati hari mulia bagi umat Islam.
“Selesai bergoyang Ya Habibi hari ini. Lain kali datang dulu sebelum berkata-kata.
Selebriti terkenal, Neelofa merakamkan ucapan penghargaan buat suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas PU Riz diatas segala bimbingan dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berumah tangga.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, PU Riz telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sangat baik sehingga tiada satu perkara pun yang boleh dipersoal.
“Jazakallah khair buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Neelofa akui terharu selepas menerima hadiah seutas gelang daripada PU Riz bersempena hari lahirnya yang ke-34 hari ini.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
“Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut merakamkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Neelofa dan PU Riz akan kekal bahagia sampai akhir hayat.
Sekadar informasi, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismai telah mendirikan rumah tangga pad tanggal 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isu pelakon bermain cinta lokasi bukan satu isu baharu sebaliknya ada dalam kalangan selebriti yang turut bertemu jodoh sehingga membawa ke jenjang pelamin.
Namun, ia menjadi isu bila mana melibatkan antara pasangan yang sudah berkahwin sehinggakan mejadi bualan hangat mengenai perkara itu baru-baru ini apabila seorang aktres didakwa cuba ‘menyondol’ hero gandingannya yang merupakan suami orang.
Bertitik tolak daripada isu hangat itu, pengarah Michael Ang telah menetapkan satu syarat di mana pelakon-pelakon yang berlakon di bawah arahannya dilarang untuk terlibat dalam cinta lokasi.
“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign kontrak yang tidak akan bercinta dekat set.
“Stres aku nak melayan reporter tercall-call… cakap nak buat marketing la, apa la.
“Yang bercinta berskandal tu dia orang, bukan aku,” tulisnya dalam sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Kisah kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) baru-baru ini ke kilang yang diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarganya di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai seterusnya mencetuskan tular baru-baru ini.
Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan hinggakan perkongsiannya itu dikongsi ramai serta diungkap semula.
Malah, beliau begitu kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan operasi kilang yang berjalan sejak 2010 itu hingga tidak sedar hampir tiga jam masa berlalu saat kunjungan dilakukan.
Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.
“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.
“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.
Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.
“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.
“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.
“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya.
Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.
“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.
“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya lagi.
Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).
“Saya ucap tahniah kepada Ir. Mohd Zain atas keberanian dan kejayaan menguasai industri sedemikian. Saya harap semangat beliau dijadikan contoh pengusaha lain. Semoga syarikat ini terus maju dan membesar di masa hadapan. Selamat Maju Jaya,” katanya.
Sementara itu, Fatin Diana yang juga Pengasas Origina terharu dengan suntikan semangat diberikan Tun M.
“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.
“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.
Pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.
“Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.
“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Minuman Origina dihasilkan untuk menghilangkan dahaga, dan memberi manfaat berganda sesuai untuk kanak-kanak hingga ke dewasa.
“Kami berharap Origina akan menjadi minuman ideal membantu menyegarkan bukan hanya pemain bola sepak malah atlet negara supaya komited semasa latihan intensif dalam meningkatkan tahap prestasi permainan mereka,” kata Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Origina itu.
Fatin turut memberitahu jenama minuman diusahakannnya juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pek Express Meals untuk seluruh anggota polis di serata Malaysia yang bertugassemasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.
Turut hadir pada majlis bermakna itu tenaga kerja syarikat berkenaan iaituMohd AliffMohd Zain (Pengarah PS Poly Pack), Adilah Shuib (Pengurus Besar), Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah PS Medipack Sdn Bhd) dan Wan Syakirah Mohd Rasdi (Ketua Pegawai Komersial).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...