Categories: Berita Hiburan

“Hilangnya Doa Seorang Ibu,” – Al-Fatihah, Ibu Hafiz Suip Pergi Menghadap Illahi

Share

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip, berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Halizawati Salleh, 62, telah pergi menghadap Ilahi.

Hafiz menyampaikan berita sedih itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.

“Innalillahiwainailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam

9.40 malam di Hospital Umum Kuching, Sarawak, selepas dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Masih Jelas itu menerima banyak ucapan takziah daripada warganet yang bersimpati sejurus berita tersebut dikongsikan.

Malah rata-ratanya turut mendoakan agar seluruh keluarga Hafiz tabah dan kuat menghadapi saat sukar ketika ini.

Kenangan Terakhir & Ucapan Takziah

Sebelum ini, arwah ibunya yang berkerusi roda sempat membuat kejutan dengan muncul di atas pentas ketika Hafiz sedang menyanyikan lagu

Pelangi Petang, pada konsert solo penyanyi itu, baru-baru ini.

Pengarah SAH Entertainment, Sufi Rashid, turut menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah menerusi hantaran di platform

Threads.

“Saya dimaklumkan bahawa ibu kepada Hafiz Suip kembali ke rahmatullah.

“Semoga Hafiz sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” tulisnya.

Allahyarham Halizawati sebelum ini menghidap penyakit diabetes kronik hingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut

.

Media juga pernah melaporkan, Hafiz juga telah berpindah ke Kuching, Sarawak, bagi menjaga kedua ibu bapanya sebelum ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH