Mimifly yang juga merupakan salah seorang anggota One Nation Emcees memberi pandangan sepatutnya dalam sesebuah pertandingan hanya perlu ada satu juara, berbanding kejutan perihal keputusan final Gegar Vaganza 6 (GV6) lalu.
Malam tadi, GV6 mengumumkan dua finalisnya, Hady Mirza dan Naqiu Boboy sebagai juara bersama atas persembahan akhir yang cukup meyakinkan.
“Lazimnya memang tak pernah jadi, saya selalu rasa kalau pertandingan itu akan ada juara dan tempat kedua. Tak kiralah pertandingan apa pun.
“Ia jarang berlaku dan rasanya ini pertama kali saya masuk pertandingan dan ada dua pemenang. Hanya ada satu pemenang, sebab itulah namanya pertandingan. Mesti ada satu.
“Nak kata setuju… Pandangan saya patutnya pilih satu. Tak mungkin bagi saya yang mereka tidak boleh pertimbangkan hal lain untuk mendapatkan juara mutlak,” katanya jujur.
Mimi bagaimanapun tetap menghormati keputusan berkenaan selain menyifatkan ia sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
“Akan tetapi saya sedar juga, ini adalah program realiti dan sudah tentu saya hormati keputusan malam final.
“Ia menjadi sesuatu yang ‘out of the box’. ONE menyertai GV dan kami sudah rasakan pengalamannya.
“Sekarang bila sudah habis program ini kami sedar kenapa ia menjadi program hiburan nombor satu sebab pelbagai ‘content’ yang disajikan,” jelas Mimi.
Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan di tempat kelima yang sandang mereka, Mimi yang mewaliki ahli ONE lainnya positif dan gembira kerana persembahan berjalan lancar seperti yang diharapkan.
“Kami gembira dan bila sudah dapat lolos ke final pun sudah terkejut. Kalau kita tengok semua finalis sudah berikan yang terbaik.
“Apa pun, kami tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan ia ada sebuah pertandingan nyanyian.
“Cukuplah untuk ONE, tak adalah jangka untuk raih tempat pertama. Yang penting kami rasa bila buat persembahan tadi macam kita yang ‘champion’.
“Bila diumumkan tempat kelima pun kami rasa kami sudah pun menang,” kata Mimi optimis.
GV6 malam tadi yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan Hady dan Naqiu masing-masing mengumpul markah keseluruhan yang sama, iaitu 87 peratus.
Sementara ONE berada di kedudukan kelima dengan 67 Peratus. GV6 selama 11 minggu mendapat penjurian sepenuhnya dari juri profesional, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman pula diundang sebagai juri jemputan pada malam kemuncak.
Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa mendedahkan dirinya sudah lama tanam impian untuk menceburi industri Makanan dan Minuman (Food & Beverages – F&B), mengambil inspirasi bisnes yang diceburi bapanya yang mengusahakan Village Park.
Malah katanya kepada MH, produk Nilofa Banana Milk mendapat sambutan menggalakkan dan ia nyata memberi semangat buatnya untuk terus terokai bisnes baru selepas itu.
“Jadi bila saya berkesempatan untuk lalukan F&B ini, mengeluarkan produk yang very straight forward iaitu air, keperluan harian dan sebahagian dari gaya hidup. Mengapa tidak saya cuba.
“Impaknya sangat luar biasa kerana terdahulu saya hanya fokus kepasa fesyen dan kosmetik. Jadi ini adalah yang pertama dan ia mendapat reaksi positif,” jelas Neelofa yang turut mengakui permintaan peminat terhadap Susu Pisang adalah tinggi, khasnya bagi mereka yang menggemari budaya Korea.
Pada masa sama, hos MeleTOP ini turut mengumumkan dirinya bakal kembangkan lagi bisnes F&B dengan menjalankan servis penghantaran menu harian ‘fresh food’ yang dikhususkan untuk sarapan pagi.
“Menu hidangan yang sinonim dengan orang Kelantan, Nasi Berlaluk. Setakat ini, kami sudah pun ‘set up’ our central kitchen di Selangor dan untuk permulaan operasinya akan berjalan di sekitar Lembah Klang.
“InsyAllah ia akan mula beroperasi Januari depan. Kita tengah ‘test run’ dahulu sebabnya agak sukar kerana ia bermula seawal Subuh dan perlu diagih-agihkan kepada pick up point. Hanya tumpu kepada waktu sarapan sahaja. Nasi lauk Ayam,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hiba hati melihat kepingan foto yang dikongsikan pereka busana terkenal Putra Aziz di laman Instagram miliknya.
Kekejaman terlampau yang di luar batas kemanusiaan memperlihatkan bagaimana muslim Uighur menjadi mangsa kerakusan pihak komunis China dalam penghapusan etnik.
“Innalilahiwainnailaihirajiun,,,Syurga menanti nya,,,mereka dipaksa minum arak,dipaksa makan babi,and dipaksa tidak pakai tudong,,, YaAllah YaRabb,,,Turun kan lah bala dan juga malapetaka juga ahzab mu Ya Rabb untuk negara China ni yaRabb,,, #Repost @_shafiqaml with @get_repost
“If medias being silent. Let us all spread this info’s ourselves. Spread the word. Let everyone know what’s happening to muslims Uyghur,” luahnya.
Pemilik butik Cosry ini turut menyenaraikan jenis penindasan yang berlaku antaranya bayi tidak boleh diberikan nama Islam, kaun wanita akan dimandulkan dan Al-Quran akan dirampas.
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.