Sejak dihimpit kontroversi berhubung perkahwinan kali keduanya, pelakon popular, Izreen Azminda telah mengambil langkah menutup ruang komen di Instagramnya.

Pelakon ini mengakui dirinya berasa lebih tenang selepas menutup ruang komen kerana tiada lagi perbalahan  antara netizen atau komen negatif di Instagramnya.

Malah dia juga jarang membuka ‘Direct Message’ (DM) di akaun Instagramnya bagi mengelakkan diri membaca sesuatu yang mungkin boleh mengguris hatinya.

IKLAN

“Saya lebih tenang dengan keadaan sekarang bila tutup ruang komen sebab saya tak suka perbalahan atau komen negatif dan saya tak suka benda-benda ini ada di dalam Instagram saya.

 

“Kalau netizen nak mengata atau nak memfitnah saya, biarlah di tempat lain tapi bukan di Instagram saya,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi raya daripada Azura Couture semalam.

‘Hidup Saya Lebih Tenang Sejak Tutup Komen Di Instagram’ – Izreen Azminda

IKLAN

Tambah pelakon cantik ini lagi, baginya akaun  Instagramnya itu adalah hak peribadinya.

IKLAN

“Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya.

 

“Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block sahaja saya supaya posting saya tak keluar di timeline mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen juga turut menjelaskan dia menutup ruang komen adalah kerana suami tercinta.

“Saya sayang suami saya dan saya taknak orang mengata tentang suami saya.

 

“Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ni tapi suami saya tak biasa. Saya taknak orang kecam suami saya,” katanya lagi.

Izreen juga berkata, dia tidak mahu dihantui dengan komen-komen negatif jika dia membuka ruang komen. 

“Cukuplah sekadar saya post gambar saya nampak like sahaja sebab saya taknak dihantui dengan komen-komen negatif,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI