“Belajar rendahkan ego diri-sendiri.” Itu perkongsian daripada personaliti televisyen, Azizah Ariffin sebagai salah satu cara bagi mendapatkan kebahagiaan di dalam hidup. Kongsinya menerusi Instagram, belajar mendengar apa yang orang lain suarakan dan fahami.

“Assalamualaikum semua. Semoga harini semua urusan dipermudahkan. Tips bahagia sy yg nak sy share harini ialah belajar rendahkan ego diri sendiri. Pernah tak kita rasa, kadang2 kita rasa diri kita lebih bagus dari semua orang. Kadang2 kita rasa kita je betul. Kadang2 kita nak semua org ikut telunjuk kita. Faham arahan kita. Betul tak?

 

“Tapi pernah ke kita terfikir, adakah ini akhlak yg diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W, iaitu insan yg kita mengaku kita cinta,” tulisnya.

“Hidup Bebas Hati Hitam. Malahan Allah Beri Ganjaran Pahala Yang Banyak, Subhanallah,” – Azizah Ariffin

Pada masa sama, pembaca berita ini juga turut meminta agar kita semua muhasabah diri.

IKLAN

“Jom muhasabah diri. Rendahkan ego. Rendahkanlah ego. Belajar dengar apa yg orang lain suarakan dan fahami. Tak semua apa yg kita fikirkan betul. Berhenti membawang. Tak susah tau nak bahagiakan hati sendiri dan org lain.

 

“Hidup bebas hati hitam. Malahan, Allah beri ganjaran pahala yg byk. Subhanallah,” tulis Azizah lagi dengan disertai dengan tanda palang #sebarkanpositive dan #positivekanminda.

Ada betulnya juga apa yang dikongsinya kan? Tidak salah untuk saling ingat-mengingati.

IKLAN

“Hidup Bebas Hati Hitam. Malahan Allah Beri Ganjaran Pahala Yang Banyak, Subhanallah,” – Azizah Ariffin

IKLAN

Foto: Instagram Azizah Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI