MH ada tertengok gambar baru bintang pop terkenal dunia yang juga adik kepada lagenda Michael Jackson, Janet Jackson yang kelihatan seperti ‘pelik’.

Jika dilihat, wajahnya agak berbeza dari sebelum hingga membuatkan peminat terkejut dengan perubahan tersebut.

Hidung Janet Jackson Tengelam?

IKLAN

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Namun, apa yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada bahagian hidung penyanyi yang pernah popular dengan lagu All For You itu.

IKLAN

Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.

Hidung Janet Jackson Tengelam?

IKLAN

“Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung,” katanya dipetik portal Page Six.

Menurut portal berkenaan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.

“Adakah saya akan buat (pembedahan) lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel.

 

“Tetapi saya beritahu kamu sekarang, tanya saya lagi dalam tempoh 20 tahun akan datang,” Jelas Janet.

Sumber : Page Six

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI