
Wow! Barisan selebriti popular bakal menyerikan acara Hello Inilah Kita: Sehati Bersama yang dijangka bakal menghangatkan suasana ibu kota.
Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos ini bermula jam 5 petang, acara ini bukan sekadar sambutan Hari Kemerdekaan, tetapi turut menjadi manifestasi gaya hidup, seni serta semangat perpaduan yang merentasi sempadan budaya.
Dengan tema
Sehati Bersama, acara ini turut menghimpunkan selebriti ternama seperti Meerqeen, Nas-T, Glenn Yong, Noryn Aziz dan Alpha.Niki Palikat, Arabella, Arena Wan, Uriah, C Kumaresan & Kritigah, Lokyi serta Ali dijangka akan bersama-sama memeriah acara.
Setiap barisan artis ini hadir dengan pesona tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian unik, sekali gus mengangkat Astro sebagai “Home Of Drama”.
Pentas utama Pavilion KL bakal bertukar wajah menjadi kanvas seni menerusi sebuah ‘runway’ yang menyatukan fesyen dan semangat Merdeka.
Persembahan eksklusif, sesi interaksi bersama peminat serta pelbagai aktiviti interaktif dijangka memeriahkan acara ini, menjadikannya titik pertemuan seni, hiburan dan masyarakat.
Kempen Inilah KITA yang konsisten dianjurkan setiap tahun kini kembali dengan tema Sehati Bersama sebagai simbol solidariti dalam kepelbagaian.
Ia menekankan nilai kebersamaan yang menjadi teras kepada keharmonian masyarakat Malaysia, walau berbeza latar budaya, bahasa mahupun kepercayaan, rakyat tetap bersatu dalam semangat yang sama.
Para pengunjung turut digalakkan hadir dengan busana tradisional seperti kebaya atau Baju Kebangsaan sebagai satu penghormatan kepada warisan budaya yang menyatukan kita semua.
Acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pernyataan jelas bahawa Inilah Kita… suara rakyat Malaysia yang bangga dengan identiti dan perpaduan!
Untuk maklumat lanjut, klik di sini 👉🏼 https://promotions.astro.com.my/details/InilahKITA #InilahKITA #SehatiBersama #AstroMerdeka2025
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini