Categories: Hiburan

Hayla Dah Beli TV Pakai Duit Hari Jadi, Siap Belanja Kek & Makanan! – “Tak Sangka Kecil-Kecil Lagi Punyai Jiwa Yang Besar.”

Share

Anak kepada pasangan selebriti dan usahawan, Wawa Zainal dan Aeril Zafriel, iaitu Hayla Magfiraul Adzkiyaa, menafikan dakwaan kononnya dia tidak gembira ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-10 baru-baru ini.

Menurut Hayla, dia sebenarnya seronok dengan majlis tersebut, namun agak segan untuk menunjukkan reaksinya di hadapan orang ramai.

“Saya gembira sahaja dengan sambutan itu tapi saya malu,” katanya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Wawa menerusi hantaran video di Instagram.

Dalam video sama, Hayla turut mendedahkan bahawa dia mahu menggunakan wang hadiah hari lahirnya untuk membeli televisyen sebelum menyumbangkannya kepada rumah anak yatim.

Wawa Bangga Dengan Jiwa Besar Anak

Menurut Wawa, dia berbangga dengan keputusan anak perempuannya itu dan berharap Hayla terus membesar sebagai seorang insan yang berhati mulia.

“Momen yang sangat membanggakan buat mama. Tak sangka kecil-kecil lagi Hayla sudah punyai jiwa yang besar. Semoga membesar menjadi anak yang baik,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Hayla turut menggunakan baki wang yang ada untuk membeli makanan sebelum meraikan sekali lagi hari lahirnya bersama penghuni rumah anak yatim berkenaan.

Rata-rata netizen yang meninjau ke ruangan komen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Hayla selain mendoakan agar Wawa sekeluarga terus dimurahkan rezeki.

“Hayla nampak macam lebih happy kalau berkumpul dengan anak-anak yatim ini.”

“Allahu, sebak tengok. Bagusnya Hayla. Matang dari usianya. Terus berbakti sebegini ya sayang dan jadi anak solehah.”

“Awak buat saya sebak. Hebatnya ibu dan ayah mendidik awak. Ya Allah, saya pun nak kaya juga. Nak sedekah seluas lautan.”

“Sebab mak ayah dia tunjuk contoh yang terbaik. Kini ia jadi ikutan anak-anak.”

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan dengan 28,000 tanda suka di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf