Nampaknya pasti ramai wanita-wanita di luar sana menarik nafas lega apabila mendengar khabar ini.

Melalui laporan Harian Metro, bermula 1 Jun semua individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta.

Buat masa ini sebelum 1 Jun, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman memberitahu pihak mereka akan mengambil pendekatan memberi kesedaran pada orang ramai dengan mengedarjan risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran dahulu.

IKLAN

Bagaimanapun selepas tarikh yang dinyatakan pihak penguat kuasa akan mengenakan denda serta merta dengan jumlah minimum sebanyak RM250.

Setakat ini sahaja sebanyak 47 notis amaran telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagi memberi amaran kepada perokok yang enggan memathui arahan merokok di taman awam.

IKLAN

“Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.

 

“Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250,” Katanya kepada Harian Metro.

Perkara ini merupakan susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.

IKLAN

Fuh memang terbaiklah! MH setuju jika pihak Kementerian Kesihatan memperketatkan isu seperti ini.

Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan mengekalkan kebersihan, tiada lagi putung rokok yang bersepah! Tak begitu?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI