Kalau kita lihat di zaman sekarang ini, rata-rata ibu bapa sering memilih nama yang unik buat cahaya mata mereka.

Pasangan pelakon popular, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah baru sahaja bergelar ibu dan bapa pada 6 Disember yang lalu.

Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya sulung mereka seberat 2.9kg pada jam 10.27 malam. Agak-agak korang apa nama yang diberikan oleh Azwan dan Ezzaty buat anak mereka ini ya?

Semalam menerusi akaun Instagram Azwan dia telah berkongsi kepada semua nama puteri sulungnya. Harum Dalia adalah nama yang menjadi pilihan pasangan ini buat cahaya mata mereka. Wah sedap betul nama anak Azwan dan Ezzaty ni kan?

Pada ruang kapsyen perkongsian Azwan ini dia berkata, dia terpaksa memadam gambar anaknya yang baru sahaja lahir di media sosial atas nasihat daripada keluarga.

IKLAN

“I had to delete @harumdalia ‘s photo due to family advice. But let me just repost her birth certificate then. It just that am so thrill and eager to share my happiness to all. Nothing more. ✌?,” tulis Azwan.

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on

Ramai yang memuji pilihan nama yang diberikan oleh pasangan ini buat cahaya mata mereka. Rasanya MH pun belum pernah dengar lagi ada orang yang bernama Harum sebelum ini namun ternyata nama ini sungguh indah dan mungkin mempunyai maksud tersendiri buat Azwan dan Ezzaty.

IKLAN

adinda_hamka: tahniah bro azwan n sis zaty… subhanallah cantiknya nama?

adamaya.maness: Sedapnya nama… Baguslah, dengar nasihat keluarga… It’s ok, @azwankombos sampai masanya nanti, kongsikanlah gambar comel Harum Dalia dengan kami ye

IKLAN

myonlineshop769: Sedapnya nama???… Semoga anaknya membesar dengan wajah & akhlak seindah namanya…Aamin InshaAllah..

zuraien_seren: Ya Allah Sedap nya nma Anak , semoga jadi Anak yg bijak

Apapun MH doakan semoga Harum Dalia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Azwan Kombos

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI