Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi dan ada yang turut berkongsikan pengalaman sendiri.
Ads
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas Aura Seri yang kini bergelar selebriti, Datin Nor Zaina Abd Ghani optimis mahu membimbing seterusnya cuba memberi ruang lebih besar buat para peniaga terpilih sekitar Perlis untuk mengembangkan empayar niaga.
Bertindak sebagai pakar perunding di bawah Majlis Amanah Rakyat Negeri Perlis (MARA Perlis), bekas hos program Feminin ini akui untuk menjadi seorang pengasas dan usahawan yang baik bukanlah satu hal yang mengambil masa singkat.
Sebaliknya, ia memerlukan proses dan ia bergantung kepada tahap keyakinan selain usaha berterusan dari para pemilik jenama itu sendiri.
“Selain mahu mengembalikan kegemilangan jenama Aura Seri yang sudah pun berada di pasaran lebih 20 tahun, saya juga kini terlibat dalam usaha membangunkan para usahawan Perlis yang terpilih. Mereka terdiri daripada pelbagai cabang bisnes dan memulakan niaga di negeri berkenaan.
“Meski saya maklum mereka sudah pun ada pendedahan dalam peluang niaga, bagaimanapun di bawah bimbingan saya, saya rasa punya tanggungjawab untuk cuba memberi ruang yang lebih besar dengan apa yang saya miliki kini.
“Mungkin ramai yang kenali saya sebelum ini sebagai pengasas Aura Seri, akan tetapi saya turut beri fokus bagaimana cara melahirkan usahawan lain yang berjaya.
“Fasa latihan berjalan selama lima bulan, bermula Januari lalu,” katanya kepada MH.
Sambil memperkenalkan barisan ‘protogenya’, Datin Ira turut akui modul yang diberikan sepanjang latihan adalah secara teori dan praktikal.
“Pelbagai modul diberikan untuk mereka melalui latihan secara teori serta praktikal sebagai usahawan. Memang ramai yang nak jadi usahawan tetapi apakah cara untuk mengekalkan bisnes itu. Itulah cabarannya hari ini. Tak boleh ada mentaliti yang hanya mahu berniaga semata-mata.
“Malah saya juga nak berterima kasih MARA negeri Perlis kerana bagi saya peluang. Setakat ini, saya ada 10 orang ‘protoge’, mereka diletakkan di bawah HuB Incubator MARA Perlis dan saya bertindak sebagai pakar perunding (konsultan) mereka.
“Progres setakat ini sangat bagus dan saya berpuas hati. Ada yang sudah berani untuk buat ‘live’ di media sosial, yakin berkomunikasi. Mereka juga berani,” jelasnya lagi.
Menjadi antara pengasas terawal yang menonjol ke depan sebelum perkembangan media sosial lebih 20 tahun lalu, Datin Ira turut ditanya mengenai sejauh mana media sosial memainkan peranan dalam perkembangan bisnes ketika ini.
“Saya memang lahir pada zaman sebelum wujudnya FB dan sebagainya. Belum ada hal viral yang tak pernah kita dengar pun. Saya wujud pada zaman ‘purba kala’, orang kata zaman tradisional dan konvensional punya cara.
“Jadi apa yang saya nampak dalam perniagaan, marketing online ini hanyalah suatu ‘tools’ sahaja. Katalah FB atau Instagram sudah ditutup, macam mana nak berniaga? Sebab itulah elemen off-line dan on-line ini saya gabungkan.
“Meski pun saya lahir pada zaman off-line, tapi bagi saya bisnes yang betul adalah kita kena bertemu sendiri dengan pembeli. Dalam latihan kepada mereka, saya cuba gabungkan pengalaman dalam bidang offline mengenai kegigihan dalam membangunkan empayar niaga meski tiada kuasa viral dulu.
“Pada masa sama, tidak boleh tinggalkan arus semasa. Sekarang trending dengan media sosial atau kita panggil online marketing. Meski saya tak berapa pakar dalam hal tersebut, tapi saya ada mengambil mereka yang lebih pakar untuk ajar mereka.
“Saya percaya kepada kuasa viral dan tidak boleh dinafikannya. Ia membantu untuk melariskan jualan, tingkat jenama. Tapi saya juga ada bertanya pada mereka, mahu viral positif atau negatif, kita yang pilih.
“Jangan hanya nak popular sahaja sementara saja. You bawa attitude nak jadi viral, bawa yang negatif saya tak syorkan.
“Bagi saya bisnes adalah fardhu kifayah. Saya tidak menafikan trend sekarang, akan tetapi tak salah untuk saya pupuk agar kalau nak jadi pengasas, biarlah jadi pengasas yang ada ‘class’ juga.
“Apa yang saya maksudkan ini, jangan rendahkan diri kita untuk ikut trend semasa. Orang nak viral yang tak senonoh kita nak ikut. Saya tidak rasakan begitu.
“Boleh viral tapi jadi negatif. Impaknya mungkin boleh popular, tapi dari segi produk mungkin ada orang pandang ia sangat rendah. Saya tak mahu begitu.
“Biarlah bisnes berjalan perlahan tapi kekal. Nak viral senang je, pergi pegang batang lipstik berlari tak payah pakai kain. Sekejap saja viral, tapi berapa lama? Kemudiam impak kepada produk, orang pandang ‘low class’.
“Bina jenama bukan senang, jadi tak kan nak rosakkan ia sekelip mata,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Datin Ira yang juga pemegang Diploma Perubatan Alternatif dari Universiti Terbuka Antarabangsa Culcatta, India kini turut merancang untuk mengembalikan nama Aura Seri dan kini sedang merangka beberapa projek khas ke arah itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman media sosial Facebook penyanyi anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azadan memaklumkan salah seorang anggotanya, Nazrul Azhar telah dimasukkan ke Hospital Selayang.
Azadan memaklumkan Nazrul dipercayai mengalami deman panas dan pandangan mata menjadi kabur akibat komplikasi dialisis darah.
Selain itu, Azadan memohon doa daripada peminat untuk mendoakan kesihatan Nazrul kembali sihat seperti sedia kala.
“Doakan anggota Rabbani Nazrul Azhar sekarang di hospital selayang akibat komplikasi dialisis darah pandangan matanya kabur dan demam panas.
“Moga disembuhkan sihat sedia kala,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook buat tatapan umum pada Selasa.
Doakan anggota Rabbani Nazrul Azhar sekarang di hospital selayang. akibat komplikasi dialisis darah pandangan matanya kabur dan demam panas. Moga disembuhkan sihat sedia kala
Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat kondisi kesihatan bintang terbabit seterusnya mendoakan agar kesihatannya segera pulih.
Foto: Facebook Azadan Rabbani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyatakan pendapat berkait isu yang sedang panas diperbincangkan mengenai pelbagai dakwaan sejurus pemergiaan arwah Abam, Micheal Ang mengharapkan, seharusnya isu ini diselesaikan di luar rangkaian media sosial.
Malah jelasnya, seharusnya pihak terlibat tidak hanya berkongsi kenyataan sebelah pihak sahaja, sebaliknya pihak keluarga Abam turut mempunyai hak untuk bersuara.
Pinta Michael lagi, hormati arwah Abam yang baru sahaja meninggal dunia 10 hari lalu dan jangan sesekali membuka aib keluarga.
“Bangun pagi terbaca berita yang sedang hot sekarang. Bagi saya, apa punya b*d*h semua. Kalau nak menjadi pemberita, janganlah tanya hanya sebelah pihak, tanyalah kedua-dua belah pihak.
“Selepas itu barulah muat naik video dan buat rumusan. Ini hanya muat naik sebelah pihak dan terjadi pergaduhan.
“Sekarang netizen yang sokong kau, akan cakap kau betul. Sebelah sana pula akan cakap kau yang salah. Kan benda b*d*oh melaga-lagakan orang dan membuka aib.
“Kalau nak jadi pemberita, jadi pemberita yang betul. Jangan laporkan sebelah pihak sahaja. Patutnya tanya balu arwah dan kemudian adiknya. Sekarang semua sudah salah anggap.
“Aku bukannya kasihannya orang yang masih hidup, aku kasihankan arwah. Kalau orang Cina cakap, arwah di dalam kubur tengah tergolek-golek.
“Salam semua. Apa punya bodoh manusia sekarang. Sila la delete semua posting n selesai kan Hal ni secara berdepan! Jgn la buat kat SO SIAL platform! Aku sedih n kesian kat arwah! Tanah tu merah lagi.
“Anyway to my followers I luv u all n Kau org Jgn la buat benda2 mcm ni! Luv u all again! Btw banyak nya org kahwin hari ni!” kongsinya di laman Instagram.
Meski tidak menyebut mana-mana individu yang didakwa terkait, namun melihat di ruangan komen, ada yang merujuk ia isu melibatkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang terdahulu mengunjungi keduaman balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Tindakan tersebut dibuat bagi menghulurkan sumbangan, namun tindakannya melakukan ‘live’ menerusi Facebook dan sesi soal jawab yang didakwa tidak sensitif, mencetuskan rasa tidak puas hati adik arwah Abam, Ali Puteh.
Susulan itu, selain Ali, Aliff Syukri dilihat turut memberikan reaksi terhadap isu berkenaan.
Foto : Instagram Micheal Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.