“Happy anniversary laa Yang. Tak Dan nak bermacam macam. Anak kena cobid (Covid-19). Banjir, Kerja. Anak lain nak Spm.
“Nak daftar anak sekolah masuk sekolah menengah. Anak nak makan Haaaaa. Tak dan laaa. Bye off to work. Happy happy yang,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga diri daripada dijangkiti wabak penyakit merbahaya itu.
“Lain semoga dilindungi time time ni. KITA JAGA KITA SAMPAI TEPI KAIN PUN JAGA. BOLEHHHHH LAAAAA,” tulisnya lagi.
Ketika dihubungi, Shahirah berkata Allisya terlibat di dalam penggambaran drama yang menampilkan adiknya, Sharifah Sakinah, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, beberapa individu lain termasuk Sakinah serta pembantu peribadinya turut mempunyai kebarangkalian dijangkiti virus berkenaan.
Ads
“Anak saya jalani penggambaran untuk sebuah drama bersama dengan adik saya juga, Sakinah.
Ads
“Tapi setakat ini, Sakinah belum maklumkan apa-apa lagi sebab dia punya keputusan ujian saringan tu masih nampak samar-samar lagi.
“Bukan sahaja Sakinah, malah dia punya pembantu rumah dan pengurus peribadi pun turut terkena sama,” katanya.
Apa pun, kami mengharapkan agar Allisya dan semua yang ditimpa ujian Covid-19 supaya segera sembuh seperti sedia kala, insyaAllah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan respon terhadap persembahannya ketika menyampaikan lagu Semalam di konsert final Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.
Ramai yang memberikan kredit atas persembahan yang baik, ditambah paduan suara merdunya bersama Aina Abdul yang turut diberi kepercayaan membawakan lagu Purnama Merindu nyanyian asal Siti sendiri.
Bagaimanapun Siti tidak menafikan, dia agak gementar ketika ingin membawakan lagu berkenaan.
“Sebenarnya nervous nak bawa lagu Aina. Sebab ia adalah lagu yang diangkat di Anugerah Juara Lagu sebelum ini dan Aina juga merupakan seorang penyanyi yang bagus dari segi teknikal. Saya pula hanya nyanyi ikut kemampuan.
“Saya cakap pada Chaan (pengarah muzik) yang saya nak gubah balik lagu Semalam. Saya tahu kemampuan saya setakat mana dan mungkin tak boleh ‘high pitch’ macam penyanyi asal. Jadi, saya mulakan lagu itu dengan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan.
“Sebab itu tempo lagu tersebut kedengaran perlahan dan nyanyian saya sedikit mendayu-dayu,” katanya.
Siti menambah, pada asalnya, dia memilih lagu lain untuk dipersembahkan bersama Aina Abdul.
“Pada asalnya, saya memilih lagu Sumpah. Tetapi, lagu tersebut sudah dinyanyikan oleh Aisha Retno. Jadi selepas berfikir lagu Aina yang mana patut saya nyanyi, kami sebulat suara memilih Semalam.
“Kemudian, kita juga merancang untuk buat ‘style mash-up’, sebab Chaan kata lagu Purnama Merindu dan Semalam sesuai untuk digabungkan. Tapi fikir-fikir balik, kita bukan nak bertanding vokal pun, kita nak orang puas dengar apabila kita menyanyi,” katanya lagi.
Kongsi Siti, lagu Semalam dilihat memang menepati cita rasanya.
“Lagu itu memang sedap. Jadi, saya pun cakap, ‘Aina, bagi Kak Iti lagu’. Kita dah minta dah… Alhamdulillah, Aina sambut baik permintaan saya,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai persembahan Aina membawakan lagu Purnama Merindu pula, Siti tidak menafikan Aina seorang penyanyi yang baik.
“Aina tak perlu disangkal lagi. Dia memang seorang penyanyi yang mempunyai penghayatan dan teknikal yang baik. Saya suka sangat bila ada penyanyi-penyanyi yang hebat macam ni bawa lagu saya.
“Dan lagu Purnama Merindu tu pun bukan mudah, Melayu dia perlu kuat kena ada lenggok. Jadi saya lihat ia satu penghormatan buat saya,” katanya.
Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Erna Elliyana Rosli, 33, mencipta kejayaan membanggakan apabila produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakan, Kamya Glow dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty.
Terus melakar sukses tersendiri, produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.
Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow.
“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Meski masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.
“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.
“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.
“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.
Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.
Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional.
“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.
“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.
“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.
“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini.
Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.
Bagi meluaskan jenama ini di kalangan masyarakat, Kamya Glow turut mempelawa semua orang untuk mencubanya secara percuma.
“Kami jalankan ‘give away’ secara besar-besaran yang mana kepada Kamya lovers yang berminat boleh mengikuti kami menerusi telegram. Kami akan poskan secara percuma di mana sahaja anda berada. Informasi lanjut mengenainya boleh didapati di akaun media sosial Kamya Glow.
“Banyak lagi kejutan serta tawaran hebat yang kami bakal lakukan. Kalian hanya perlu nantikan sahaja pengumuman istimewa daripada kami daripada semasa ke semasa,” katanya yang tidak akan berhenti daripada menyebarkan manfaat Kamya Glow kepada semua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna itu dengan makan malam bersama.
Terlihat sederhana tetapi romantis, momen berkenaan dikongsikan Neelofa di Insta Stories, pada Ahad.
Menitipkan doa yang baik-baik, usahawan terkenal itu juga memberikan dedikasi tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram yang merakamkan detik majlis ijab kabul mereka.
“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa.
Meninjau ke ruangan komen di Instagram mereka, rakan-rakan selebriti dan peminat turut sama-sama dilihat tumpang gembira seterusnya meninggalkan ucapan tahniah serta doa.
Sekadar mengimbas, Neelofa dan Haris melangsungkan majlis raja sehari di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...