Terkejut dengan berita penerbit dan pelakon popular, Datuk Hans Isaac yang dikejarkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur apabila tiba-tiba rebah di padang golf ketika sedang menjalani latihan untuk kejohanan golf yang akan disertainya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sejam yang lalu Hans telah memuat naik sebuah entri di Instagramnya dan memaklumkan dia telah dibenarkan keluar setelah empat hari berada di wad berkenaan.

“4 hari di wad HDU di Prince Court Hospital . Doctor dah bagi ok utk discharge hari ni . Tq pada semua team ward HDU tingkat 3 . Amazing team of doctors n medical nurses .Resting at home for a few days before I head back to work . Tq for all your doa and well wishes guy.” Tulisnya di Instagram

Ruangan komen di Instagram Hans juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu khuatir mengenai kesihatan pelakon Cuci The Muzikal itu.

IKLAN

Dalam pada itu, Hans turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama kepada kakitangan hospital.

Malah ketiga sahabat karibnya, iaitu, Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk A.C Mizal turut datang melawatnya di hospital.

IKLAN

Menurut Hans, timbul kekecohan apabila jururawat mencarinya satu hospital disebabkan dia hilang dari bilik disebabkan dia keluar bersembang bersama tiga sahabatnya itu di cafe hospital.

IKLAN

“First time keluar dari ICU today . Was good to see my brothers . Harap dapat pulang esok ke rumah . Been a hard few day but the staff at Prince Court has looked after me well.

 

“Even the cafe guys bagi kita sembang kat Cafe hospital sampai malam . Oh nurse semua cari satu hospital sebab saya hilang dari bilik . Hehehhee . Ni semuasalah @awieofficial  @afdlinshaukiofficial  dan @emyliadac .”

Terdahulu, hans  pernah  pernah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, menjalani pembedahan pundi hempedu.

Sumber : Instagram Hans Isaac

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI