Bercuti di sebuah pulau yang cantik seperti Maldive pasti memerlukan perancangan yang teliti. Mana tidaknya, jika salah langkah ia pasti akan merugikan diri. Lagi pula apabila ia menelan kos yang tinggi.

Namun berbeza cerita dengan Hanis Zalikha yang mendedahkan plan sebenar bercuti di sana adalah sesuatu yang sangat last minute dedahnya di Instagram.

Katanya, sejak kebelakangan ini suaminya Hairul Azreen agak sibuk dengan training untuk sebuah filem, namun Hanis sengaja berkongsi gambar-gambar percutian menarik kepada suaminya.

Jika diikutkan Hanis langsung tidak terfikir untuk ke Maldives sehinggalah dia sendiri menjumpai tempat penginapan yang mewah dan hebat ini.

“Trip ke Maldives ni sebenarnya sangat last minute. Selama suami sibuk training untuk filem dia, kita ni sibuklah forward gambar percutian kat dia (ingat korang je tag2 bf / suami kat gambar cecantik ke ?). Tapi Maldives langsung takde dalam list sampailah Keknis nampak pasal resort ni dekat travel guide,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Katanya lagi, oleh kerana sudah lama tidak bercuti berdua dengan Hairul, dia nekad untuk tinggalkan anaknya Yusuf Iskandar kepada keluarganya.

IKLAN

Walau bagaimanapun dia memberitahu tetap berbelah bahagi dan terfikir alangkah seronoknya jika dia boleh bawa anaknya sekali sehari sebelum berangkat.

“Sehari sebelum pergi, kami duduk berdua plan perjalanan. Tiba-tiba terpacul “kan best kalau Yusuf ikut”. (Eh tapi lari dari motif asal). “Okay okay saje je cakap” – nervous takut suami bising lol. Pastu dia sambut “kalau ayang dah sebut camtu baik bawak je dia. Nanti asyik teringat je”. It’s true, Yusuf kan suka laut & pantai & aktiviti air & alam sekitar, risau kang setiap sudut terkenang dan bergenang lololol,” tulisnya lagi.

Malah Hanis turut menambah salah seorang rakannya turut berkongsi pandangan membawa anak kecil sewaktu percutian memang terbaik kerana pelbagai memori indah akan tercipta untuk ingatan suami isteri.

Akhirnya mereka berdua membuat keputusan dan bawa Yusuf ke sana dan merasakan itulah keputusan paling tepat buat mereka berdua.

IKLAN

Malah, Hanis turut berkata tidak boleh bayangkan bagaimana percutian mereka tanpa kehadiran anaknya itu.

“We love you so much Yusuf. Couldn’t have imagined what this getaway would be like without you and your tummy ke depan ke hulu ke hilir. And to my dear husband, insisting to bring Yusuf along was one of the most romantic thing you have ever done,” katanya.

View this post on Instagram

Trip ke Maldives ni sebenarnya sangat last minute. Selama suami sibuk training untuk filem dia, kita ni sibuklah forward gambar percutian kat dia (ingat korang je tag2 bf / suami kat gambar cecantik ke ?). Tapi Maldives langsung takde dalam list sampailah Keknis nampak pasal resort ni dekat travel guide. Last kitorang bercuti romantik berdua entah bila. So sepatutnya ini jadi romantic getaway kami yang betul-betul. Sepatutnya Yusuf tak ikut. Our family was so ready to have him for a week ? / Sehari sebelum pergi, kami duduk berdua plan perjalanan. Tiba-tiba terpacul "kan best kalau Yusuf ikut". (Eh tapi lari dari motif asal). "Okay okay saje je cakap" – nervous takut suami bising lol. Pastu dia sambut "kalau ayang dah sebut camtu baik bawak je dia. Nanti asyik teringat je". It's true T_T Yusuf kan suka laut & pantai & aktiviti air & alam sekitar, risau kang setiap sudut terkenang dan bergenang lololol. / Dan kami pun bawak. Dan Yusuf pun ikut. Dan ia adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat. A traveller friend of mine selalu cakap, bawak anak kecik ni bukan untuk memori dia. Dia tak ingat pun. Tapi untuk memori kita sebagai husband and wife. Bercuti dengan anak kecik, apa kenangan yang tercipta. / We love you so much Yusuf. Couldn't have imagined what this beach getaway would be like without you and your tummy ke depan ke hulu ke hilir. And to my dear husband, insisting to bring Yusuf along was one of the most romantic thing you have ever done. / (We'll get to that romantic getaway soon okay ?)

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

IKLAN

awwwww so sweet lah Hanis ni! MH Online suka tengok gambar-gambar percutian mereka, malah geram tengok gelagat si manja Yusuf.

Apa pun Jom layan beberapa video dan gambar mereka di sana, pasti lepas ni korang rasa nak kumpul duit banyak-banyak dan merasa tinggal di villa ini!

Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti

Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti Hanis Zalikha Dedah Keputusan Bawa Yusuf Sehari Sebelum Bercuti

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI