Berita

Hampir 100 Orang Siapkan, Aina Abdul Tak Mahu Kongsi Kos ‘Degupan Jantung’ – “Saya Rasa Berbaloi, Allah Beri Saya Kemenangan.”

Share

Berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), malam tadi, penyanyi Aina Abdul menyifatkan ia mempunyai momen manis yang tersendiri.

Tampil di luar kotak menerusi konsep degupan jantung, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berpuas hati dengan persembahannya secara keseluruhan.

Tak Kongsi Soal Kos

Memilih untuk berkongsi lanjut mengenai kos persembahan tersebut, Aina sebaliknya bersyukur dan memberikan dedikasi atas kerja keras pasukannya sepanjang persiapan menjelang AJL39.

“Jujurnya, saya rasa ia berbaloi, Allah memberikan saya kemenangan pada malam ini.  Saya takkan kongsi kos, cuma apa yang boleh saya katakan, ini paling banyak saya berhabis.

“Saya tak ingat berapa ramai team yang saya bawa ke AJL ini, mungkin hampir 100 orang juga untuk menyiapkan saya kali ini.

“Sebenarnya anugerah ini adalah untuk mereka, hasil kerjasama berbulan-bulan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Makna Tersendiri

Sementara itu, Aina memaklumkan bahawa corak mata dan bibir pada adi busana ilham 

Melinda Looi itu melambangkan suara wanita yang tersakiti dan Aina menjadi medium perantara untuk menyampaikan perasaan tersebut.

“Saya tak berfikir panjang untuk konsep lagu ini, saya hanya nampak warna merah dan k

isah lagu ini ditulis berdasarkan kisah orang lain.

“Hari ini, saya hanya menjadi medium untuk bercerita. Saya tampilkan ‘ jantung’ kerana saya rasa inilah yang selayaknya untuk Puas Sudah.

“Kiranya saya ini mewakili mata-mata, bibir-bibir yang ingin bersuara tetapi tiada medium,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH