Pelakon dan pengacara, Azad Jasmin merayu f individu yang cuba berniat khianat ke atas dirinya utk tidak menggodam akaun Instagram miliknya.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Azad berharap agar individu tersebut berhenti daripada melakukan perkara yang sedemikian kerana ia akan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang artis.

IKLAN

Azad menjelaskan individu berkenaan telah menggunakan akaunnya untuk memaki dan berkata yang tidak senonoh kepada individu lain di Instagram.

Tambah Azad, Instagram adalah satu-satunya medium untuk dia berinteraksi dengan peminat selain menyimpan memorinya bersama anak-anak.

IKLAN

“Saya harap semua peminat dan hackers yang tidak bertanggungjawab tolong cari kerja lain, jual roti canai pun tak apa. Allah marah,” katanya

“Hampa Guna Akaun Aku Lepastu Hampa Pi Maki Menteri,”- Azad Jasmin Rayu Jangan Godam Akaun IG

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata peminat Azad menasihatinya supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menukar kata laluan Instagramnya jika terdapat sesuatu yang pelik berlaku.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI