Berita

Haliza Maysuri Ulas Sebab Pakai Tudung RM70,000 Lepas Menang Saman – “Saya Belum Pernah Pakai Tudung RM70 Ribu… Nak Merasa Jugalah.”

Share

“Pasal duit tu, setakat RM70,000. Bukan cakap sombong ya. Tapi saya nak agongkan, junjung dan menjulang jenama yang saya usahakan.”

Demikian kata pempengaruh dan pengasas Tudung Bawal Exclusive (BE), Haliza Maysuri terhadap simbolik mengenakan tudung bawal bertatahkan batu Swarovski bernilai RM70,000 selepas menang saman terhadap bekas pengedar produknya, baru-baru ini.

Haliza menegaskan, tindakan tersebut diambil untuk menjaga maruah syarikat yang telah diusahakan bersama suami, Rosli Awang, sejak 27 tahun lalu.

“Jangan usik, jangan sentuh. Saya tak kacau orang. Sebab jenama inilah saya dikenali, mencapai dan berbagi rezeki dengan ramai orang.

“Sebenarnya saya tak pernah pakai lagi tudung harga RM70,000. Tapi berbeza dengan para pelanggan saya.

”Ada yang pakai tudung yang harganya RM30,000 atau RM50,000 tapi mereka tidaklah nak buat sidang media.

“Tapi hari ini, saya pun mahulah merasa jugalah pakai tudung RM70,000. Boleh juga kalian ‘cuci mata’ sebab mungkin kalau nak tengok tudung seperti ini perlu kunjungi butik BE dan buat temu janji,” katanya.

Haliza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bagi menjelaskan mengenai perkembangan kes fitnah berkaitan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Dapatkan Nasihat & Pandangan Peguam

Dalam pada itu, Haliza turut menjelaskan kes berkenaan tidak di bawa ke tengah secara melulu, sebaliknya mendapatkan pandangan daripada peguam terlebih dulu.

“Saya tak pernahlah mahu mencari atau ambil tahu semua komen yang dikongsikan di media sosial. Cuma untuk kes ini, bila pembantu saya beritahu ia ada menjejaskan kerugian.

“Malah saya bukan buat (bawa ke ke tengah) dengan membabi buta. Saya ada dapatkan rujukan dan nasihat peguam. Apa saja perkara yang nak buat, saya akan minta pandangannya,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan bekas pengedar BE, Rosmaliza Mansor membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

BE bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.

Turut hadir ialah Mohd. Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.

Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.

@mediahiburanofficial #MHnews Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial. Bawal Exclusive bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok. Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran bagi jenama tersebut tampil pada sidang media mengenai isu ini di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Hai Isnin. Turut hadir ialah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates. #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH