Pergolakkan antara Hafiz Hamidun dan isteri Joy Revfa nampaknya semakin berlanjutan selagi tuan badan dilihat mendiamkan diri mengenai status mereka. Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Mei lalu, mereka didakwa sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sebelum ini, Joy yang bertindak untuk hanya berdiam diri, akhirnya mula memberi maklumbalas juga sebagai nukilan hatinya buat semua wanita.

 

Hafiz Hamidun Nafi Punya Masalah Batin

IKLAN

“Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yang suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala-galanya jiwa dan raga untuk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti.”

 

“Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisah lah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban & harungi bersama. Namun mengapa kelemahan yg ada pada lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dalam segala hal..?

 

“Kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isteri lah yang tidak henti-henti memberi semangat dan sokongan waima si isteri tahu kelemahan dan keaiban sebenar suaminya itu.Memegang prinsip dan tanggungjawab sebagai isteri dalam melindungi setiap perkara dalam rumahtangganya,isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.”

 

“Namun,pengakhirannya isteri yang sanggup berkorban dan setia untuk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan degan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai-kapai sendirian.Ibarat nakhoda membiarkan anak kapal-kapalnya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kepada nakhodanya. Nilaikan dimanakah penghargaan & pengorbanan seorang isteri dimata hati suami?

 

“Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia…”

Malangnya disebabkan status Joy itu, netizen mula membuat spekulasi masalah rumahtangga mereka dan mendakwa Hafiz Hamidun mempunyai masalah tenaga batin. Namun, dibidas oleh Hafiz sendiri.

Hafiz Hamidun Nafi Punya Masalah Batin

Hafiz Hamidun Nafi Punya Masalah Batin

IKLAN

“Hahaha zahir dan batin HH sempurna, so tenang aja. Tunggu masanya…”

Dari penjelaskan itu, timbul lagi masalah pergaduhan antara Joy dan Hafiz di ruangan komen.

Hafiz Hamidun Nafi Punya Masalah Batin

IKLAN

“Dia bukan tak tahu cerita sebenar tapi cuba berselindung disebalik karangan-karangan acah-acah suci diri, tetapi sebenarnya tak ada point yang valid”

Kemudian, tidak hanya berdiam diri, Joy membalas kenyataan suaminya itu,

“Hafizhamidun wow, berlagak suci awak kata saya ya..? Saya ada segala bukti,video,whatsapp,voice records dan everything membuktikan semuanya.Dan saya masih simpan dengan baik lagi. Remember,i’m nothing to lose, but you will getting so much too lose. #janganjoloksarangtebuan.”

Tidak sanggup melihat adiknya terus dikecam,Dyana Sofia turut memberi komen dan mendedahkan Hafiz dan Joy hanya duduk sebumbung enam hari sahaja sepanjang perkahwinan mereka.

Hafiz Hamidun Nafi Punya Masalah Batin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI