Selepas berjaya menunaikan puasa penuh bulan Ramadan dan puasa sunat enam Syawal tahun lalu, penyanyi dan bekas ratu cantik Dr.Soo Wincci, sekali lagi berazam untuk menunaikan kedua-dua puasa berkenaan tahun ini.

Bukan itu sahaja, pelakon dan penyanyi berkenaan turut berkongsi rutinnya berpuasa enam di bumi sepanyol.

Menerusi akaun Instagramnya, wincci telah memuat naik juadah berbuka pada hari pertama hinggalah hari ketiga dia berpuasa enam.

“Done day 3 for puasa enam, habis hari ke 3 puasa enam, laparrrr” tulis bekas Ratu Cantik Malaysia ini.

 

“Habis Hari Ke 3 Puasa 6..” – Ramai Kagum Dr.Soo Wincci Sempurnakan Puasa Enam

IKLAN

“Habis Hari Ke 3 Puasa 6..” – Ramai Kagum Dr.Soo Wincci Sempurnakan Puasa Enam

Meskipun apa yang dilaksanakan Dr.Soo Wincci itu bukanlah satu tuntutan agama dan tidak membawa sebarang ganjaran dari sudut agamanya, namun jelas Ratu Malaysia Dunia 2008 itu dia melakukan kedua-dua puasa berkenaan hanya untuk kebaikan dirinya.

Malah dia mula disukai oleh ramai peminat berbangsa Melayu apabila dapat berkongsi topik berkenaan berpuasa kepada mereka walaupun dia bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

IKLAN

Menariknya, perkongsiannya itu mendapat pujian daripada peminat yang turut menjadikan Wincci sebagai inspirasi.

“Habis Hari Ke 3 Puasa 6..” – Ramai Kagum Dr.Soo Wincci Sempurnakan Puasa Enam

 

IKLAN

“Habis Hari Ke 3 Puasa 6..” – Ramai Kagum Dr.Soo Wincci Sempurnakan Puasa Enam

 

Wincci kini melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI