Ketika ini pelakon dan penyanyi, Janna Nick sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama bertemakan ketenteraan bertajuk Leftenan Zana.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa ketika ini kita sering melihat Janna kerap menggayakan rambutnya ala-ala tomboy.

Terbaru, Janna telah memuat naik sekeping gambar untuk berkongsi gaya rambut terkininya bersama peminat di Instagram.

Apa yang menariknya, kali ini Janna dilihat memotong rambutnya itu di sebuah kedai mamak yang kebiasaannya menjadi pilihan para lelaki.

Ads

“TUKANG GUNTING RAMBUT TERMAHIR..eh. ok done trim rambut untuk kali ke 1000,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Janna memuji gaya rambut terbarunya itu dan menyifatkan tukang gunting tersebut sebagai beruntung.

Ads

Namun, pelakon serta usahawan Datuk Boy Iman pula dilihat agak kurang senang dengan gaya terbaru Janna itu sehingga meninggalkan komen yang agak biadap.

Ads

“Hensem mak cik abang, rasa nak pijak muka tu pakcik tengok,” tulisnya.

Namun sehingga kini, motif sebenar Boy Iman meninggalkan komen yang sedemikian di Instagram Janna masih tidak dapat dipastikan.

Bagi MH, tidak kisah sama ada memotong rambut di kedai mamak atau pun salon, yang penting hasilnya memuaskan. Janna tetap nampak cute!

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI