Belakangan ini, ramai pendakwah bebas yang lahir daripada rancangan realiti televisyen seperti Pencetus Ummah (PU) dan Da’i menegur isu-isu yang terjadi di Malaysia kini.

Sungguhpun begitu, baru-baru ini muncul satu ‘tweet’ yang menyelar kewujudan ‘ustaz-ustaz segera’ ini.

“Golongan Da’i  Dan Pencetus Ummah Ni Bukan Semuanya Ustaz Segera,” – Jawab Da’i Luqman Bila Dikecam

IKLAN

“Bagi saya, PU dan Da’i  ni merupakan penghinaan terbesar kepada institusi keilmuan agama Islam. Keluar maahad, masuk TV…menang sebab undi terus jadi sumber rujukan agama,” tulis individu tersebut.

Terpanggil untuk memperbetulkan tanggapan umum mengenai perkara tersebut, Da’i Luqman berkongsi pengalamannya sebelum dia bergelar Da’i.

“Salah satu contoh ujian bagi mereka yang berjuang dalam berdakwah. Dalam ramai-ramai manusia, golongan pendakwah jugak yang hang nak kecam.

“Ni, bang. Kalau nak tunggu jadi ‘Alim ‘Ulama baru boleh nak berdakwah, rasanya memang tak kan ada siapa nak mulakan dakwah, sebab tak dak sapa pown nak mengaku ‘Alim ‘Ulama.

“Nak ka tengok masyarakat, khususnya anak-anak muda terus hanyut dalam kemaksiatan? Nak ka tengok geng2 L**T semua terus bermaharajalela di bumi Malaysia?

“Baik, sebagai nak menjernihkan keadaan, chaq selitkan sikit antara pengalaman chaq dalam dakwah (bukan nak menunjuk, tapi nak bagi saudara nampak, golongan Da’i dan PU ni bukan semuanya ustaz segera).

“2013 – Berkhidmat di bawah Exco Agama dan Perdagangan Negeri Pulau Pinang

2014-2015 – Kader JAKIM di Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

2016-kini – Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran, Bandar Tun Hussein Onn

2018 – Panel Rancangan Tanyalah Ustaz TV9

2017-2018 – Peneraju segmen sendiri podcast Aiskacang terbitan Media Prima Berhad

2017-2018 – Moderator Tanyalah Ustaz TV9

“Tauliyah :

Pulau Pinang – 2014-2017

Selangor – Dalam proses permohonan

Wilayah Persekutuan – Dalam proses permohonan

“Antara kitab yang selesai talaqqi berguru :

1. Feqh Manhaj (Feqh Mazhab Syafi’ie)

2. Asybahu Wan Nazoir (Qawaid Feqh)

3. Bidayatul Mubtadiu Wa’umdatul Aulad (Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari)

4. Tanbihul Ghaafilin (Sheikh Abu Laits As-Samarqandi)

5. Tafsir Ayatul Ahkam

6. Bulughul Maram

“Kesimpulannya, saudara. Jikalau ingin mengeluarkan suatu statement, usah dipukul habis kepada semua pihak. Dan chaq sendiri masih merasakan kurang dalam ilmu.

“Bak kata Imam As-Syafi’ie, “Semakin bertambah ilmuku, semakin jahil aku rasakan diriku. Wallahua’lam. #donedakwah #donepencerahan,” tulisnya.

View this post on Instagram

Salah satu contoh ujian bagi mereka yang berjuang dalam berdakwah. Dalam ramai2 manusia, golongan pendakwah jugak yang hang nak kecam __ Ni, bang. Kalau nak tunggu jadi 'Alim 'Ulama baru boleh nak berdakwah, rasanya memang xkan ada siapa nak mulakan dakwah, sebab xdak sapa pown nak mengaku 'Alim 'Ulama. Nak ka tengok masyarakat, khususnya anak2 muda terus hanyut dalam kemaksiatan? Nak ka tengok geng2 L**T semua terus bermaharajalela di bumi Malaysia? __ Baik, sebagai nak menjernihkan keadaan, chaq selitkan sikit antara pengalaman chaq dalam dakwah (bukan nak menunjuk, tapi nak bagi saudara nampak, golongan Da'i dan PU ni bukan semuanya ustaz segera): __ 2013 – Berkhidmat di bawah Exco Agama dan Perdagangan Negeri Pulau Pinang 2014-2015 – Kader JAKIM di Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang 2016-kini – Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran, Bandar Tun Hussein Onn 2018 – Panel Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 2017-2018 – Peneraju segmen sendiri podcast Aiskacang terbitan Media Prima Berhad 2017-2018 – Moderator Tanyalah Ustaz TV9 __ Tauliyah : Pulau Pinang – 2014-2017 Selangor – Dalam proses permohonan Wilayah Persekutuan – Dalam proses permohonan __ Antara kitab yang selesai talaqqi berguru : 1. Feqh Manhaj (Feqh Mazhab Syafi'ie) 2. Asybahu Wan Nazoir (Qawaid Feqh) 3. Bidayatul Mubtadiu Wa'umdatul Aulad (Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari) 4. Tanbihul Ghaafilin (Sheikh Abu Laits As-Samarqandi) 5. Tafsir Ayatul Ahkam 6. Bulughul Maram __ Kesimpulannya, saudara. Jikalau ingin mengeluarkan suatu statement, usah dipukul habis kepada semua pihak. Dan chaq sendiri masih merasakan kurang dalam ilmu. Bak kata Imam As-Syafi'ie, "Semakin bertambah ilmuku, semakin jahil aku rasakan diriku" __ Wallahua'lam ? __ #donedakwah #donepencerahan

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

IKLAN

Haaa…tu dia. Panjang lebar dia terangkan. Pada MH lah, sebagai manusia memang kadang-kadang kita ada kekhilafannya. Jadi, tak salah kalau ada yang menegur kan?

IKLAN

Apa-apapun, yang baik kita jadikan amalan manakala yang buruk kita jadikan tauladan. Janganlah semua perkara kita ambil dari sudut pandang negatif ya.

Foto: Facebook Da’i Luqman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI