Nampaknya isu Faiz Roslan tidak terhenti di sini, jika selama ini ramai yang mempersoalkan mengapa Faiz tidak pernah ditegur oleh mana-mana mufti, terbaru Mufti Wilayah Pesekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memberi sedikit kata dua kepada Faiz.

Dengan penuh kelembutan tetapi punyai mesej yang tegas, Mufti meminta Faiz kembali kepada kefahaman Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam.

“Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

 

“Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya,” tulisnya di facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Giliran Faiz Roslan Dipanggil Bertemu Dengan Mufti Wilayah Persekutuan!

IKLAN

Dalam pada itu, Mufti turut menjemput Faiz bersama rakan-rakannya untuk hadir ke pejabatnya untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

 

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Bukan itu sahaja, Mufti juga sempat memperjelaskan berkenaan ramai netizen yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengambil tindakan terhadap Faiz kerana mencemarkan Ramadan namun jawabnya ringkas, semua itu diluar dari bidang kuasanya.

IKLAN

Giliran Faiz Roslan Dipanggil Bertemu Dengan Mufti Wilayah Persekutuan!

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI