Penyanyi, Aiman Tino dilaporkan dimasukkan ke hospital semalam berikutan suhu badannya yang tidak stabil serta rasa kurang selesa di bahagian perutnya.

Perkara itu disahkan oleh kakaknya Fara Hazel kepada media.

“Selain disahkan menghidap demam panas, doktor yang merawatnya masih belum mengenal pasti faktor yang menyebabkan Aiman berasa tidak selesa di bahagian perutnya.

 

“Esok baru mereka akan meneruskan prosedur rawatan dengan memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengetahui punca sebenar sakitnya itu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

 

Justeru, Fara meminta agar semua pihak dapat mendoakan agar Aiman diberi kesembuhan seperti sedia kala.

 

“Buat masa sekarang, berilah Aiman ruang untuk berehat dan dirawat. Sama-sama doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada Utusan Online.

“Get Well Soon, Aiman,”- Doa Peminat Buat Aiman Tino

IKLAN

Susulan itu, kelihatan ramai peminat penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mendoakan agar kesihatan Aiman bertambah baik.

“Get Well Soon, Aiman,”- Doa Peminat Buat Aiman Tino

IKLAN

“Get Well Soon, Aiman,”- Doa Peminat Buat Aiman Tino

IKLAN

Alahai, MH juga turut mendoakan agar Aiman lekas sembuh. Apa-apapun, jangan lupa makan ubat ya Aiman!

Foto/Instagram: Aiman Tino

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI