Gara-gara watak Suraya yang dilakonkan pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud menerusi drama Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria menyebabkan dirinya telah dikecam peminat.

Semuanya gara-gara keberkesanan lakonan hingga memberi impak besar kepada penonton drama rantaian berkenaan.

Menerusi Instagram miliknya , Fauziah Ahmad Daud atau mesra dengan sapaan Kak Ogy itu dibanjiri komen berbaur marah dan geram disebabkan watak hitam yang dipegangnya.

Kebanyakan peminat meluahkan rasa geram yang terhasil di atas jayaan watak Surayanya itu.

IKLAN

“GERAM! MACAM NAK LEMPANG” Impak lakonan, hingga Ogy dibenci peminat?

 

“GERAM! MACAM NAK LEMPANG” Impak lakonan, hingga Ogy dibenci peminat?

IKLAN

Bagaimanapun, Ogy menyifatkan watak yang dipegangnya itu sekurang-kurangnya berjaya membuatkan peminat terkesan.

“Penonton kita terlalu emosi, jadi saya tidak kecil hati pun. Lagi pula, Suraya hanya watak dan ia berbeza dengan personaliti sebenar saya. Malah saya meganggap setiap komen mereka sekadar gurauan.

 

“Saya pun balas dengan santai dan meminta mereka ‘cool’. Bagi saya. Apa pun maklum balas diberikan mengenai watak ini, ia membuktikan watak berkenaan menjadi,” ujarnya.

Tambah Ogy, sebagai aktres versatil yang telah bergiat dalam seni lebih 40 tahun, dia sememangnya mengambil serius setiap naskah diberikan.

IKLAN

“Apabila melalui proses kematangan sebagai aktor, lakonan pun menyerlah,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Drama yang berjudul Rahsia Hati Perempuan itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Turut sama membintangi drama berkenaan ialah Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose dan Hisyam Hamid.

Foto : Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI