Ads

“Genap Setahun Haikal, Hafiz Dan Haris Tinggalkan Kami,” – Mas Anizan Sayu Teringatkan 3 Anak Saudara Terlibat Kes Pusat Tahfiz Terbakar

Bekas pelakon wanita yang popular pada tahun 90-an, Mas Anizan berkongsi rasa syahdu saat mengenang tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di mana tiga orang anak saudaranya turut menjadi mangsa.

Tiga mangsa yang merupakan anak saudaranya itu ialah Muhammad Hafiz Iskandar, Muhammad Syafiq Haikal dan Muhammad Haris Ikhwan.

Berkongsi di laman Instagram, dia mengenang kembali gelagat ketiga-tiga anak saudaranya itu.

Ads

“14 September, genap setahun Haikal, Hafiz dan Harris tinggalkan kami. Sehingga saat ini terngiang-ngiang suara Haikal telefon mummy minta ambil balik cuti sehari sebelum kalian diambil ilahi.

“Mummy terlalu rindukan kalian tapi mummy tahu kalian lebih gembiran di sisi Allah SWT. Hanya doa dapat Mummy kirimkan buat Haikal Hafiz dan Harris.

“Bergembiralah kalian di sana sayang. Alfatihah buat anak2 syurga ini,” tulisnya Instagram.

Tahun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran di pusat tahfiz tersebut yang mengorbankan 23 orang pelajarnya termasuk seorang guru.

Ads

Dalam pada itu, video anak-anak itu menjerit meminta tolong di dalam kebakaran tersebut sebelum segalanya senyap sunyi viral di media sosial.

Ads

Foto/Instagram: Mas Anizan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zaki Yamani Hampir Jadi Mangsa Gangguan Sek*sual, Ada Yang Sanggup Bayar...

Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani mendakwa dirinya pernah hampir menjadi mangsa gangguan serta perbuatan kurang senonoh oleh seorang lelaki dewasa, sebelum ini.
error: Hello. Cannot.