Semalam gempar seketika di media sosial apabila kita dikejutkan dengan berita kehamilan isteri kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Berita kehamilan itu rupanya sudah disalah anggap oleh pengikut-pengikut Aliff di Instagram yang menyangka bahawa status Aliff terhadap sebuah gambar perkongsiannya yang menunjukkan alat ujian kehamilan yang bertanda positif serta satu gambar scan bayi di dalam kandungan itu bermaksud isterinya kini sedang hamil.

Rentetan daripada hal itu, ruang komennya dihujani dengan ucapan tahniah atas kehamilan isterinya dan jutaan kata-kata doa buat isteri dan anak dalam kandungan ditulis di ruangan komen.

Kapsyennya yang memberitahu tentang keterujaannya menanti kelahiran anaknya telah membuat ramai yang tersalah anggap.

“4bulan lepas..tak sabar nak tunggu anak abah keluar❤️ @babyterlajaklaris,” tulis status Aliff pada ruang kapsyen.

IKLAN

Menyedari tentang sangkaan pengikutnya yang menyangka isterinya sedang hamil, Aliff dan isteri telah membuat satu video ringkas dan dimuatnaik ke dalam akaun Instagram mereka dengan menjelaskan hal yang sebenar.

Rakaman video itu telah merakamkan kata-kata Aliff yang berkata bahawa ramai yang sudah salah anggap atas perkongsiannya sebelum ini.

“Korang sebenarnya dah salah anggap sebenarnya, bukan isteri saya dapat baby,” katanya.

Isteri Aliff, juga turut mengeyakan kata-kata suaminya dan berkata, disebabkan status perkongsian Aliff telah membuatkan ramai orang tersalah anggap.

IKLAN

“Ya, gara-gara you punya status, semua orang ingat I pregnant dan beribu-ribu orang DM (direct message) orang mesej ucap tahniah. Sampai orang TV, orang radio semua telefon.

 

“Ni semua you punya penangan la ni, masalahnya sekarang ni saya tak pregnant,” jelas isteri Aliff.

Setelah penjelasan diberikan oleh isteri Aliff, Aliff turut memberitahu bahawa mereka ada anak angkat yang baru dilahirkan dan mempunyai kacukan Melayu juga Pakistan.

Di penghujung video tersebut, Aliff juga meminta agar orang ramai doakan isterinya juga diberi rezeki untuk hamil lagi kerana mereka sememangnya mahu menambah zuriat.

IKLAN

bukan wife saya bersalin?? sy ambil anak angkat malayu kacukan pakistan.. kalau nak tengok bnyak pic bby ni boleh ke @babyterlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tahniah diucapkan kepada Aliff dan isteri yang kini sudah mempunyai seorang lagi ahli keluarga baru. Kami juga turut mendoakan agar isteri Aliff diberikan rezeki untuk hamil lagi suatu hari nanti.

Semoga dengan kehadiran bayi comel ini dalam keluarga mereka akan menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan mengeratkan ikatan kekeluargaan mereka.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI