Bekas penyampai berita TV3 dan hos, Zakiah Anak ada berkongsi beberapa keping foto keluarga yang jarang sekali didedahkan personaliti ini.
Lalu, rata-rata para pengikutnya teruja memandangkan anak-anaknya sudah besar panjang hingga anak yang samakan mereka seperti mak dan kakak.
Ads
“Ramadan 20… Nyawaku…. #imblessed
#syukuralhamdulillah dgn anugerah Mu ya Allah. Love u so much,” tulisnya ringkas sambil menanda nama masing-masing di entri sama.
Pelakon senior, Anne Abdullah ada berkongsi rakaman video menunjukkan keadaan kacau bilau di dalam masjid di Baitul Maqdis.
Umat Islam yang sedang solat telah ditembak oleh tentera Israel.
“*In Bait ul Maqdis*: Israel Army firing on Muslims while they were praying (salaat) in the Mosque. Please spread on WhatsApp to everyone you know before it is removed.ALLAHUAKHBAR.”
Pejam celik,pejam celik, bulan Ramadan sudah semakin hampir dengan kita.
Malah, pengarah popular, Michael Ang yang juga merupakan saudara baru Islam telah mendedahkan dirinya bahawa sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.
“Sebelum saya peluk Islam, saya tak terlintas pun nak puasa dan tak ada niat langsung nak puasa. Sebab saya tengok kawan-kawan di set pengambaran seperti ‘menyeksa’ diri tak makan, tak minum dan nampak mereka macam penat,” kata Michael kepada MH.
Mula mengucap dua kalimah syadah pada Februari tahun lalu, Michael menyedari bahawa keberkatan puasa memberi 1001 kelebihan.
“Tapi bila saya mendalami Islam, rupanya ada sebab kenapa Allah suruh umatNya berpuasa. Banyak sangat kelebihan sebenarnya..
“Puasa pertama tahun lepas tak ada istilah seksa ke apa. Cumanya, saya seorang perokok. Saya jenis yang makan sekali, minum pun boleh tahan lagi, berapa jam je kan.. Saya okay lagi. Tapi merokok tu lah,” jelas Michael.
Michael ketika ditemui ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa mahu Ramadan kali ini memberi 1001 makna baginya yang bergelar Muaalaf.
“Semoga tahun ni akan memberi lebih makna bila berbuka puasa, saya boleh jadi sendiri, tak perlu nak sorok lagi.
Lebih mengejutkan, Michael terhutang budi dengan penyanyi dan pengacara Alif Satar kerana dia telah menyimpan rahsia (status agamanya) selama setahun lebih ini dan berhajat mahu menunaikan solat Jumaat bersama (esok).
“Dan paling penting sekali ialah saya nak pergi solat Jumaat sebab selama ni saya buat di rumah. Saya tak nak pergi sebab nanti orang akan tanya, “apa cina ni buat kat masjid?”
“Jadi dia (Alif) pun dah janji dengan saya, dia akan solat Jumaat dengan saya,” akhiri Michael yang mengekalkan nama asalnya iaitu Michael Ang Hai Swee.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...