Tahniah MH ucapkan buat pelakon, Ummi Nazeera yang sudah pun selamat melahirkan bayi sulungnya, yang diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari jam 11.37 malam pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Selangor.

Aktres berusia 28 tahun itu melahirkan puteri sulungnya, awal sebulan daripada tarikh yang dijangka pihak doktor.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin yang terkenal menerusi drama bersiri, Patahnya Sebelah Sayap itu melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungannya baru mencecah usia 34 minggu.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” katanya.

Terdahulu, Ummi dan suaminya, Izzar atau nama sebenar Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 31, telah pun selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudara Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur 23 Julai tahun lalu.

IKLAN

Beberapa jam lalu, Ummi turut memuat baik dua keping foto puteri sulungnya itu sambil mengharapkan bayinya kekal di bawah lindunganNya.

Dalam perkembangan lain, Ummi juga bakal muncul menerusi filem terbaharu, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini.

IKLAN

Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Syafiq Kyle, Diana Danielle, Sazzy Falak dan ramai lagi.

IKLAN

 

Foto: Instagram Ummi Nazeera

https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI