
Pelawak dan penyanyi, Achey dan isteri, Anne mengadakan majlis Akikah anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah.
Isteri Achey, Anne ada berkongsi foto-foto momen majlis itu berlangsung menerusi laman Instagram yang dikemas kini.
“MAJLIS AKIKAH, NUR TIARA ZINNIRA ” @tiara_zinnirahofficial ” dan MOHAMAD SYUKUR IMAN, @nurullfazeera.
“Terima kasih pada semua yg terlibat keluarga,sedara mara,kawan2 dan ramai lagi,” tulisnya.
Pasangan itu turut menjemput anak-anak tahfiz Al-Muhammadi bagi ‘memeriahkan’ suasana.
Sebelum ini, Achey mengambil Tiara sebagai anak angkat pada Ramadan lalu setelah lapan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Kedua-dua mereka menyifatkan kehadiran Tiara merupakan permata yang paling berharga dalam hidup mereka kini.
Foto/Instagram: Anne_Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI