Anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid sehari lalu ada memuat naik sekeping foto, memaklumkan keretanya telah mengalami kemalangan kecil akibat dilanggar lori.

Perkongsian yang dikongsi suami kepada Tya Ariffin menerusi Instagram itu menerima reaksi pelbagai netizen apabila antara lain Asyraf menulis kapsyen yang cukup ‘makan dalam’.

“Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk? Baru-baru ni, saya di landa musibah, kereta kesayangan saya di langgar lori, & lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke?” kongsinya.

Pada masa sama, Asyraf turut menyatakan penerimaan seseorang terhadap situasi yang berlaku adalah bergantung terhadap individu.

IKLAN

“Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut & interepetasi kita terhadap situasi tersebut. Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.

 

“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, & bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita & dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.

 

“Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah & terus lupa pada Allah & perintah-Nya,” tulisnya.

Malah, Asyraf turut berkongsi apa yang dipesan oleh ustaznya menerusi kapsyen sama.

IKLAN

“Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, & hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah.

 

“Saya bukan la seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama. Have a good day ahead everyone!,” maklumnya panjang lebar.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka di kalangan netizen.

IKLAN
View this post on Instagram

Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk? Baru-baru ni, saya di landa musibah, kereta kesayangan saya di langgar lori, & lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke? Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut & interepetasi kita terhadap situasi tersebut. Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya. Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, & bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita & dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut. Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah & terus lupa pada Allah & perintah-Nya. Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, & hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah. Saya bukan la seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama ? Have a good day ahead everyone!

A post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on

Foto: Instagram Asyraf Khalid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI