Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video di akaun laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Siti telah berkongsi cerita serta pengalaman dirinya sepanjang kehamilan anak keduanya.
“Perjalanan mengandungkan anak kedua ni tak banyak beza dengan Aafiyah cuma, Aafiyah bermula daripada awal seperti nak kena cucuk setiap hari untuk proses mematangkan telur,
“Tapi untuk kehamilan kedua ni saya cuma tinggal makan ubat untuk dinding rahim saya tebal dan bersedia untuk proses ‘Blastocyst’ tu dimasukan,
“Dan bila makan ubat hormon semua orang faham saya akan jadi badan besar tapi tak apa, saya okey sebab saya nak lalui kehamilan ini dengan kegembiraan. Saya tak nak terlalu memikirkan soal naik berat badan,
“Bagi saya itu satu perkara yang saya sudah bersedia dan proses untuk menjadi ibu itu adalah lebih penting,” katanya.
Dalam pada itu, suami kepada Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut ada berkongsi kegembiraan dan teruja selepas isterinya disahkan hamil cahaya mata kedua.
“Saya amat terharu, teruja dan bersyukur sangat kerana Siti pun telah mengandung anak kedua dan alhamdulillah anak kedua ini merupakan seorang anak lelaki. Kami semua sangat teruja untuk menanti kelahiran bayi ini.
“Saya amat dan sentiasa menyayanginya dan dia sentiasa ada dalam hati saya. Saya menyayangi dia dengan sepenuh hati saya.
“Sebagai seorang suami, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia dan saya percaya kehadiran dua cahaya mata ini akan memberikan berjuta kegembiraan kepadanya,” kongsinya.
“Dia seorang pemurah dan baik hati.” Itu antara pujian Ustaz Ahmad Saiful Habib, selaku pengurus Yayasan Yatim Daarul Rahman kepada Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi video Beepdo, Ustaz Ahmad berkongsi sifat mulia Ashraf ketika hayatnya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim seramai 78 orang.
“Dia (Allahyarham Ashraf) mempunyai akhlak yang baik seperti yang telah diajar kedua orang tuanya. Dia seorang yang baik dan pemurah.
“Dia melakukan amal dan memberikan amal tanpa menceritakan kepada sesiapa,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ashraf sempat berpesan kepada Ustaz Ahmad agar kebaikannya itu tidak perlu dihebohkan.
“Malah, dia berpesan pada saya agar kebaikan dia tidak perlu diketahui orang ramai.
“Dia selalu datang sendirian ke sini (rumah anak yatim) dan saya tak pernah lihat dia mengajak sesiapa,” katanya.
Ustaz Ahmad turut berkongsi pengalamannya saat memandikan jenazah Ashraf.
“Saya sentiasa terbayang wajahnya, apatah lagi ketika saya mandikan jenazah, wajahnya tersenyum dan nampak tenang.
“Malah, ketika itu saya tidak kuat,” ujarnya.
Terdahulu, Ashraf, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair, 10 tahun.
Video : Youtube Beepdo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi pengalaman dan perasaan setelah hampir dua bulan bergelar ibu.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah memaklumkan, dia mengalami perubahan bahagian perutnya selepas mengubah diet permakanan.
“I saw kak mynn’s post this morning, terus rasa nak makan pasta.. Then I remembered I have quorn sausages kat freezer. thanks kak mynn sbb bg idea @salam3benua
“Btw, Yesterday I went to the studio with farouk and Amy, my energy level wasn’t as high. Sleep deprivation is affecting my body, besides that, me and haris just recently changed our diet to meatless diet.
“Macam meat withdrawal pun ada.. And I notice that my core muscle, dia macam pindah tempat more towards my lower abdomen which is not greatttt… Is this normal? I don’t know.
“Mommy’s pouch? Yes it’s still there even after 7 weeks of csection.
“That’s why me and haris decided to change our diet because, we don’t really have much time to exercise like we used to.. And we were very active when I was pregnant, walking everywhere, lots of swimming.
“Honestly, I think we gained weight after we had seth hahaha but it’s okay, yang penting ada will to change,” tulisnya.
Di samping itu, penyanyi lagu Tiada Dirimu akui untuk menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara mudah.
“Takpe la, ini semua pengorbanan demi cinta To all parents out there, especially new ones like us… Bertabah lah, me and haris are lucky as our work are quite flexible, tapi kalau yang kerja 9 to 5 tu.. Idk man, it must’ve been super hard for you..
“Sebab tu kita selalu ingat kan diri utk bersyukur banyak2.. Kalau kita rasa susah atau challenging, banyak lagi org yang lebih susah. Panjang pulak caption hari ni
“P/s: Semalam nak pergi kerja, tinggalkan seth.. I took me like 15 minutes tengok dia je.. Tidur pula, takleh nak gomol.. Lagi2 lepas check up hari tu rupanya dia dah 5.2kg,belum 2 months lagi ye.. I don’t think I can leave seth and haris bila travel,” jelas Shila.
Pelakon, Ruhainies yang kini berada di Tanah Suci, Mekah memaklumkan dirinya sudah pun memanjangkan dan membacakan doa yang dikirimkan oleh para pengikutnya di Instagram.