Lebih  kurang seminggu lalu, pelakon Fouziah Gous ada berkongsi berita gembira apabila terpilih menjadi tetamu Allah ke Baitullah bagi menunaikan haji tahun ini.

Pelakon berusia 35 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan, dia dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Mekah pada 16 Ogos.

“Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous dan Zhafran Yusof dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan fardu haji 1439H dan akan berlepas ke tanah suci hari ini.

 

“Di kesempatan ini, kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kekhilafan secara sengaja atau tidak,” tulis Fouziah.

Istimewa, ini dia sekitar momen Fouziah dan suaminya saat berada di tanah suci. Rata-rata peminat turut mendoakan moga mereka mendapat haji yang mabrur selain dipermudahkan segala urusan.

Malah awal pagi ini, pelakon dan pengacara itu turut berpeluang untuk membaca doa yang dititipkan peminat.

IKLAN

“Salam Aidil Adha dari tanah Arafah… اَلْحَمْدُلِلّهِ saya dapat bacakan semua doa yg hantar melalui DM di arafah.. ada yg tak sempat atau baru hantar mungkin saya akan usahakan nanti kalau Allah izinkan,” kongsinya lagi.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Fouziah dan suami

https://www.youtube.com/watch?v=M-eD4jMNNZw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI