Sedang kita gembira menyambut Aidil Adha bersama keluarga di rumah mahu pun di kampung halaman, ada selebriti yang memilih untuk beraya di perantauan bagi menjayakan misi kemanusiaan.

Bersempena Aidil Adha, MH kongsikan gambar-gambar pengorbanan artis yang sedang atau pernah bertungkus-lumus menghulurkan bantuan sempena Raya Korban buat yang bernasib baik lebih-lebih lagi di negara perang.

Ketika ini Mizz Nina, Noh Salleh dan Farah Fauzana sedang menjalankan misi bantuan di negara Syiria manakala pelakon, Natasha Hudson pula berada di bumi Jordan.

Sementara itu,pelawak Afdlin Shauki kini berada di India bagi membantu pelarian Rohingya di sana.

IKLAN

IKLAN

MH doakan supaya segala usaha murni mereka ini diberkati oleh-Nya serta dipermudahkan urusan dari awal hingga selesai misi dijalankan.

IKLAN

Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia.

Foto: Instagram

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI