Baru-baru ini, anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana dan juga pasangan Scha AlYahya dan Awal Ashaari kelihatan melakukan satu sesi fotografi bersama-sama.
Susulan itu, Aaisyah ada muat naik beberapa foto sesi fotografi tersebut di laman Instagramnya berserta kapsyen yang sangat ‘makan dalam’.
“Ini untuk mck ‘bawang yg suka banding’kan kami ‘laga’kan kami, Kaka @laraalana sngat cantik,” tulisnya.
Sebelum ini, Aaisyah dan Lara seringkali dibandingkan para netizen sejak awal kelahiran mereka hinggalah kini memandangkan kedua-duanya boleh dikatakan sebaya.
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang memuji kecomelan Aaisyah dan Lara.
Pada MH, sudah menjadi lumrah masyarakat untuk membanding-bandingkan ‘anak orang’ ini, jadi seeloknya buat tak tahu sajalah. Apaa-apapun, memang comel sungguh Aaisyah dan Lara dalam foto itu. Keep it up!
Foto/ Instagram: Aaisyah Dhia Rana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI